Wednesday, February 13, 2013

Dia yang Belum lagi kuketahui


Munajat bersenandung... rindu dalam kalbu
mengiang mendayu-dayu
bagaikan pipi di gores sembilu
rasa ngilu tiada menentu....
siang dan malam aku
memanjatkan doa pada robb-mu
agar aku diberi kekuatan..
aku mulai rapuh AJARI AKU

Bantu daku dalam kerapuhanku
___________________________________

 kuperuntukkan PADA 
Dia yang MASIH Belum lagi kuketahui
Keberadaan-nya..???

Ajari aku cinta untuk bersabar..


Untuk menemukan-mu di jalan robbul izzati..
Untuk menjaga segala kemuslimahanku..
Mengangkat derajat keimananku..

Serta membawaku dalam Indahnya agama Allah..



Ajari aku cinta untuk bertahan..

Pada kebaikan..
Pada keistiqomahan..

Pada Indahnya kesendirianku tanpa sentuhan haram..

Pada keindahan Cinta yang selalu terpendam..
Sampai kelak engkau datang menjemput..



Ajari aku cinta..

Seperti Para makhluk tuhan yang selalu berdzikir..
Seperti Hamba-hamba Tuhan yang selalu berfikir..

Di jauhkan dari manusia-manisa kafir dari tangan manusia yang tak bertanggung jawab..

Dan selalu ada dalam kerendahan hati tanpa kikir..



Ajari aku Cinta..

Aku ingin memilikimu karena TuhanMu, Allah..
Aku ingin menjadi pendampingmu karena Ajaran TuhanMu, Allah..

Aku ingin mencintai dan melengkapai kehidupanku juga hanya ada di jalan TuhanMu, Allah..

Demi Cintaku padamu, Karena Allah..

Hanya Karena TuhanMu, Allah..
Jadilah Imamku yang sempurna..
Yang selalu mencari cinta di jalan TuhanMu, Allah..

Untukmu Yang masih belum kuketahui

''Jika aku jatuh cnta''


"Bila Aku Jatuh Cinta"



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu

( Syed Qutb )
___________________________________________________




ANDA YANG MANA?


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Lupa diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya?
Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman & berterima kasih dengan pemberinya?
Remaja sinnonim dikaitkan dengan masalah cinta. Cinta sesama manusia merupakan fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua peringkat umur manusia. Namun, zaman remaja itulah zaman kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak-kanak ke alam dewasa, apatah lagi peringkat remaja mencari identity sebenar diri mereka sebelum melangkah ke alam dewasa. 
Sedangkan pada pandangan ilmuan barat, cinta ini sememangnya wujud.
Siapa kata Islam menghalang kita dari bercinta?
Islam cuma melarang kita mendekati zina. Islam sangat & terlalu berhikmah.
Cuma kita yang tidak rajin untuk mengkaji & mendalami Islam dengan penuh minat.
Kita khilaf, kadang-kadang narrow minded. Tiada satu hukum di dalam Quran pun yang menyekat & menghalang manusia untuk menzahirkan fitrahnya.
Kita lihat rahib & sami.
Kita lihat sunnah Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w pun bercinta & berkahwin dengan isterinya =)
Yang salah adalah cara cinta itu ditafsirkan, diertikan & dizahirkan.
Zaman remaja perlu diurus dengan baik & ditangani dengan penuh berhikmah di atas jalan yang benar agar natijahnya kelak adalah sesuatu yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan buat diri sendiri, tetapi mendamaikan hati ibu & ayah serta mendapat keredhaan & keberkatan Ilahi. 
Kategori cinta ada 3;
cinta biasa, cinta luar biasa & cinta high class.
Cinta high class ialah perkara yang lebih baik. Ia bukan cinta biasa, mahupun cinta luar biasa.
Ada ke perbezaan antara ketiga-tiga cinta ni? 
CINTA BIASA 
“Meow..” 
Seekor kucing jantan bertompok-tompok di badannya mengejar si kucing betina. Galak bunyi ngiaunnya. Lebih nyaring & panjang dari biasa. Mungkin musim mengawan telah biasa. 
Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita & lelaki saling tertarik antara satu sama lain dan itu adalah perkara biasa. Apabila ada sesuatu yang dipandang & didengar yang dapat menarik perhatian seseorang, perkara itu akan membuatkan seseorang ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya. Malah, tarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang; jantan & betina. 
Bukan sahaja saling tertarik, wanita & lelaki juga difitrahkan dengan perasaan saling mencintai. Ia perkara biasa yang dialami oleh semua orang yang sihat akalnya. Islam sama sekali tidak menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib & menolak perasaan cinta serta keinginan untuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta. 
Sebaliknya, Islam menawarkan solusi terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah. Itulah cinta biasa; perasaan yang sedia ada & fitrah dalam hati setiap insan. 
CINTA LUAR BIASA
Namun, cinta luar biasa tidak dinilai pada sehebat mana cara pertemuan pasangan tersebut, atau sejauh mana perhubungan cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran & dugaan. 
Wanita & lelaki yang dibuai tanpa kesedaran & batasan dengan perasaan cinta ini, akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka begitu mendalam, setia, suci & luar biasa. Tidak seperti pasangan-pasangan yang lain. Sedarkah mereka akan akibatnya? 
Demi cinta, segala-galanya yang ada pada diri, sanggup digadaikan, sanggup diberikan.
Kepercayaan yang diberikan kepada pasangan sebelum diijabkabulkan tiada berbelah bahagi. Luar biasa kan? 
Demi cinta, mereka sanggup mengetepikan keluarga & tinggal bersekedudukan dengan si dia. Luar biasa! 
Demi cinta, bayi yang tidak berdosa sanggup digugurkan & dikisar di dalam blender. Luar biasa! 
Demi cinta, mereka sanggup menelan racun & terjun bangunan untuk membuktikan kesetian & kesucian cinta mereka. Memang luar biasa! 
Demi cinta, hubungan cinta & perkahwinan dibanjiri dengan kemewahan & kekayaan yang melampau. Sungguh luar biasa! 
Semua itu memang luar biasa. Ya, luar biasa yang membawa kepada kebinasaan. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup digadaikan. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki & wanita daripada punca-punca keghairahan & pencetus fitnah.
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
(Yunus, 10:44)
CINTA HIGH CLASS 
Wanita & lelaki yang bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan keperluan diri, pengetahuan & agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa & dikategorikan sebagai cinta high class. 
Tetapi jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna & dara saling tinggi mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan & komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan & keperluan sahaja dengan menjaga syarat & batasan. Jika di luar batas urusan, sekatlah kemahuan tersebut kerana ia bukan atas dasar keperluan yang benar-benar perlu. Islam bukan menyekat seratus-peratus pergaulan antara lelaki & perempaun tetapi Islam tahu di mana kekuatan & kelemahan cucu anak Adam a.s. Allah Maha Tahu & Dia Yang Paling Tahu apa yang kita sebenarnya pura-pura tahu tetapi sebenarnya kita tidak tahu tetapi pura-pura tahu.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."
Dalam menilai antara keperluan & kemahuan, mintalah fatwa dari hati. Hati yang sihat & sejahtera dapat membezakan antara kebaikan & dosa. Kebaikan itu ialah perasaan yang tenang di dalam hati. Dosa itu pula adalah perasaan was-was & syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan perasaan cinta & rindu kerana apabila telah halal perhubungan itu, ia akan dipenuhi dengan pelbagai keterujaan. 
Daripada al-Nawwas bin Sam’an r.a, Baginda s.a.w menjawab apabila ditanya tentang kebajikan & dosa, maksudnya:
“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti & dosa itu ialah apa-apa yang tergetar dalam dirimu & engkau benci orang lain mengetahuinya.”
(Riwayat Imam Muslim) 

Terdapat juga hadis daripada Wabisah bin Ma’bad, beliau berkata:
“Aku telah menemui Rasulullah s.a.w & bertanya tentang kebajikan & dosa. Lalu, Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Engkau datang kerana mahu bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab: ‘Ya.’ Baginda bersabda, maksudnya: ‘Himpunkan jari-jemarimu & letakkan ia di dadamu. Lalu, mintalah fatwa daripada dirimu & hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang membuatkan diri & hati berasa tenang dengannya. Dosa itu pula ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu & teragak-agak (keliru) di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu & mereka membenarkannya.”
(Riwayat Imam Ahmad & Al-Darimi) 
PELAN TINDAKAN 
Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa.
Tidak untuk mereka yang berpangkat tinggi atau berkedudukan teratas. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua & tiada yang terkecuali. Jangan tunggu hingga hari esok. Hari ini juga, cintailah secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. 

Apakah criteria cinta high class?
1) Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama.
2) Cinta kerana Allah.
3) Cinta yang bermujahadah melawan nafsu.
4) Cinta tanpa seteru (menjaga hubungan sesame manusia-habluminannas) 
Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi berpesan mengenai cinta high class ini:
“Pernikahan yang baik ialah pernikahan yang tiada halangan dari kedua-dua pihak, ibu bapa, adat & undang-undang.” 
Cinta bukan hanya melibatkan dua pihak;lelaki & perempuan sahaja. Cinta yang baik memelihara hubungan yang baik sesame manusia (habluminannas). Fikirkan tentang perikahan yang berlaku tanpa wali, kahwin lari tanpa restu keluarga & hubungan bebas sebelum berkahwin. Ia mungkin sah, tetapi adakah ia mencapai tahap high class? High class di sini bukan bermaksud majlis pertunangan yang gempak, majlis perkahwinan yang ‘grand’ & pasangan ‘couple’ yang paling ‘hot’ di antara yang ter’hot’. Serapkan habluminannas dalam cinta high class ini, moga-moga insan yang berada di sekeliling akan mendoakan keberkatan dalam rumah tangga yang akan dibina hingga ke akhirnya, syurga yang Hakiki. 
Berdoalah agar memiliki cinta yang high class di sisi Allah:
“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu & cinta orang yang mencintai-Mu serta amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku & air yang sejuk (ketika panas terik).”
(Riwayat Imam al-Tirmizi) 
SALING MEMERLUKAN 
Mawar & kumbang secara semula jadinya memang berbeza. Perbezaan ini wujud untuk saling melengkapi. Boleh jadi, kerana perbezaan itu mereka saling jatuh cinta. Begitu juga manusia. Lelaki sukakan sifat kelembutan yang ada dalam diri seorang wanita. Wanita pula mendambakan sifat kepimpinan seorang lelaki. 
Lelaki & wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Ini fitrah & tidak dapat dinafikan lagi. Bagai botol dengan penutupnya, bagai pensil dengan kertas, bagai senduk dan kuali, bagai bulu tangkis dan raket, bagai pahat dengan penukul dan bagai irama & lagu. 
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi “luar biasa” & high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Mengapa ia dipandang high class? Itu tanda mematuhi suruhan Allah, tanda jauhi fitnah & tanda sebuah mujahadah. 

Jika rindukan seseorang,
pejamkanlah mata & ucapkanlah:
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Ilahi,
Aku rindukannya kerana-MU
Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-MU
Aku semakin mengerti 'Jarak' ini untuk menjaga aku & dia dari terjebak ke lembah kemaksiatan & kebinasaan
Dengan 'Jarak' ini aku & dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik
Ya Allah Ya Samad
Perbaikkanlah Agama & Akhlak kami
(Hajar Norhan)
Kenapa saya suka post entry berkaitan dengan cinta?
Jawapannya mudah.
Hidup kita dipenuhi dengan cinta.
Cinta yang Allah kurniakan kepada makluk-makhlukNya yang menjadi lambang cintaNya kepada kita semua.
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Ibu Bapa, Cinta kepada Guru, Cinta kepada Sahabat, Cinta kepada Alam Sekitar & bagi yang sudah berumahtangga,
Cinta kepada Pasangannya.
Jika cinta itu diletakkan tepat pada tempatnya,
InsyaAllah berbahagialah kamu dunia akhirat.
Tetapi,
jika Cinta itu menjadi penyebab kebinasaan & kehancuran,
alangkah ruginya kamu.
Kalau kita orang bijak,
kita mampu membezakan
yang mana Mencintai Kerana Nafsu
yang mana Mencintai Kerana Allah.
Meninggalkan & cuba Menjauhi apa yang kita cintai sebelum tiba masanya bukan kerana membenci tetapi kerana Mencintainya Kerana Allah.. 
Cintailah sesuatu kerana Allah.

Dengan memilih untuk mencintai Allah,
segala-galanya bakal dimiliki.“

If Allah is all you have,
you have all you need.”
“Ada manusia, 'cinta' itu menjadi tali arus yang mana dia hanyut & lemas di dalam lautan cintanya itu. Ada manusia, 'cinta' itu menjadi pendayung untuk dia sampai ke hulu cinta yang lebih Hakiki, cinta Ilahi. Dan manusia sendirilah yang menentukan 'cinta' itu apa untuk dirinya.”
(Anonymous)
Siapa kata dakwah, bole buat di masjid saja?
Siapa kata dakwah, tanggungjawab jatuh pada lelaki saja?
Semua orang bole!
Pahala untuk kita semua! =)
Allah Taala berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman, laki-laki & perempuan,
sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain.
Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf & mencegah dari yang mungkar,
melaksanakan solat, menunaikan zakat & taat kepada Allah & Rasul-Nya.
Mereka akan diberi rahmat dari Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
(At-Taubah, 9: 71)

 Allah berfirman lagi dalam 'surat cinta-Nya':
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran, 3: 29).



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yangmelabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu





Aku juga insan biasa; hamba yang berdosa.
Tiada kesempurnaan,. maka itu  
Ingatkan aku bila aku terlupa.

CINTA YANG MENITI JALAN TERJAL MERAIH SYURGA



Alhamdulillah.. ana bisa berbagi kembali dengan sahabat semua
Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh
Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita Dalam Da'wah untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin 


Haii... Sahabat semua 
Yang sedang di landa cinta 
Dan yang lagi galau kerana cinta hihihi....
Erm.... lagi lagi cinta...lagi lagi cinta 
cinta....cinta.... cinta 
hihi.. subhanalloh yah.. sesuatu
Cinta katanya begitu singkat namon siapa tahu arti kata sebuah cinta itu meluas.. betul tidak erm...
Sungguh  indah penuh makna namun bila jatuh ke dalam-NYA terkadang sakit merasai itulah CINTA
CINTA....
Kerana cinta Adam pada Hawa sampai ia terlupa akan Larangan Tuhan-nya itulah CINTA
CINTA....
Karena cinta ummi dan abah......
kita Terlahir ke Dunia itulah CINTA
 Cinta.. Cinta.. Cinta...
Sahabat semua siapa lagi nih yang mahu mengertikan cinta
Yah... kali ini ana bukan mahu bercerita panjang lebar Tentang erti cinta sbb mesti kalian sudah Tahukan Cinta itu Apa !
Penuh makna dan Panjang Lebar... kan..kan..kan... hihihi

Kali ini andi mahu Cerita Panjang Lebar Tentang !!


Mata tertunduk hanya kedipan..
 Tubuh tertirai hanya gerakan..
Mulut bungkam hanya tasbih ...
Kaki beku hanya langkah kecil...
Tangan kaku hanya wiridan ...
Tak ada rasa kecuali “cinta”...

Ketika cinta sudah berbicara, semua menjadi tak nyata..
Seakan-akan semuanya adalah Sorga,
Duri menjadi rumput-rumput yang indah..
 pedang menjadi pisang yang siap santap, bom hanyalah sebuah gertakan, 
Tapi seperti choklat yang manis, amarah tak lagi terhiraukan, 
Tubuh tak lagi menjadi sebuah dambaan, kemolekan sudah tak terpandang, 
Semua tirai teungkap dibalik anggukan, 
khayalan tak lagi menjadi khayal, 
Kerena ia sebuah kenyataan..
 kenyataan menjadi semakin nyata ketika sudah ada pernyataan..?

Masih ingatkah sahabat Tentang seorang Ibnu khazm al-Andalusi 
Dalam puisinya....

Jalan tak sealu panjang
Jarak tak selalu anggang
Walau tajam, itu pedang bisa patah
Walau buas, itu macan bisa berubah

Meski kasar, begitu gampang aku tertawan
Bak serigala, diam dalam tawanan cerdik –cendekiawan
Mati dalam cintamu sungguh puncak kenikmatan
Betapa mengherankan, ada rang menikmati kebinasaan

Cinta.. Cinta.. Cinta..
Cinta memang sulit dikhayalkan apalagi dirasionalisasikan, 
ia seakan-akan batu yang tidak keras, seakan lautan yang dangkal..
Sungai yang pendek, langit yang sempit, bumi yang kecil..
Gunung  bak bukit, tak ada kehebatan, 
Semuanya hanyalah keyakinan dan pandangan, 
Dalam cinta semuanya tak lebih dari sebuah keyakinan..
Ia tak bisa dinyatakan hanya dengan ungkapan, semuanya menjadi kaku..
Itulah Cinta...

Lagi nih siapa sih hamba yang tiada mengenal sosok Bilal Bin Rabah ..

Saya jadi teringat masa tuh adik saya masih umur 9 thn 
Dia banyak koleksi CD FILM KISAH KISAH PARA SAHABAT NABI
Masa tuh' Anak ni ada tanya padaku'' kak Bilal Bin Rabah... 
hihi.. dengan cengeh...''' Jawabku pada anak ini: hah.. ada apa dengan bilal.
 ,,,Adikku dengan penuh khayalan-nya dia pun kata demi kata .,. 
.....mau kuw juga punya suara seperti bilal... bila azan,, dia indah yah kak..'
Hi anak ini entah aku juga mahu jawab apa.. hah dapat geleng kepala saja.
Sungguh aku pun tidak tahu apa yang ada dalam fikir adikku ini
Anak ini begitu suka dia sampai ia pun menghayalkan sesuatu yang ia cintai.

Yah... Bilal bin Rabah, di antara perindu beratnya, suara emasnya yang mampu menggetarkan manusia, berhenti berazan ketika ia mendengar kekasihnya menghadap rabbul izati. Orang-orang pada kalang-kabut, karena suara merdunya tak lagi bersayuh, mereka bingung. Akhirnya, setelah didesak banyak orang -termasuk Fatimah a.s-  Bilal mulai mengumandangkan azan. Ketika sampai kata “wa asyhadu anna Muhammad…”, ia berhenti, suaranya tersekat ditenggorokan, ia menangis keras. Nama “Muhammad”, kekasih yang baru saja kembali pada hadirat-Nya, menggetarkan jantung Bilal. Bilal bukan tidak mau menyebut nama Rasulullah Saw, Muhammad Saw. Adalah nama insan yang paling indah baginya. Justru karena cintanya kepada Rasulullah Saw., nama beliau sering diingat, disebut, dan dilagukan. Bilal berhenti azan, hanya karena nama itu mengingatkan dia kepada kehilangan besar yang bukan saja memukul Bilal, tapi seluruh kaum muslimin.

Ada lagi nih Kecintaan lain yang luar biasa :

Suatu hari Urwah AL-Tsaqafi, salah seorang utusan Makkah melaporkan kepada kaumnya, “orang Islam itu luar biasa! Demi Allah, aku pernah menjadi utusan menemui raja-raja. Aku pernah berkunjung kepada Kaisar, Kisra, dan Najasi. Demi Allah, belum pernah aku melihat sahabat-sahabat mengagungkan Muhammad. Demi Allah, jika ia meludah, ludahnya selalu jatuh pada telapak tangan salah seorang di antara mereka. Ia usapkan ludah itu kewajahnya dan kulitnya. Bila ia memerintah, mereka berlomba melaksanakannya; bila ia hendak berwudhu, mereka hampir berkelahi untuk memperebutkan air wudhunya. Bila ia berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka menundukkan pandangan di hadapannya karena memuliakannya (shahih Bukhari 3 :255). Dan dalam peristiwa lain, Ummu Sulaym menampung keringat beliau pada sebuah botol, sedangkan beliau dalam keadaaan tidur, dan setelah bangun, Nabi Saw bertanya, “apa yang kamu lakukan wahai Ummu Sulaym?” ia menjawab, “Ya Rasulallah, kami mengharapkan berkahnya buat anak-anak kami.” Mendengar, Nabi Saw. Bersabda, “Ashabti, Engkau benar (Musnad Ahmad 3 : 221-226)

Memang cinta, sepenuhnya kembali pada diri, bagaimana ia membawa dirinya untuk bercinta, bercinta dengan sepenuh hati, akan mendustakan diri sendiri, jika masih dibalut oleh kemunafikan. Mencintai adalah hak preogratif diri, yang tidak mampu dibendung oleh siapa pun, karena semuanya adalah karunia dari Tuhan, asal tidak salah memaknai, antara nafsu dan cinta, yang selalu sulit dibedakan, maka bercintalah atas nama-Nya, semuanya menjadi jalan yang indah.

Cinta Itu

Cinta Itu membuat Hati menuntut kesabaran
Cinta itu membuatkan seseorang menuntut pengorbanan
 
karena itu cintalah menjadi tolak ukur kualitas manusia.
karena cinta itu indah
karena cinta hadiirkan bahagia
karena cinta hadirkan tawa
karena cinta hadiirkan kekuatan
 
karena cinta mampu membuat kita bertahan,
Di mana jiwa bertahan hiidup
Bertahan Dalam penderitaan
Bertahan berjuang penuhi mimpi
karena cinta itu harapan
Meniti Jalan Terjal 
Meraih Syurga

Cinta.. Cinta .. Cinta
Subhanalloh Sang MAHA PENCINTA
  


Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog ana.. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mamfaat kepada sahabat2 semua .. insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabat ^^
Dipersilahkan bagi yang ingin ShaRE is CAring ..semuanya milik bersama..

 Prinsip ABC 

 A mbil yang baik
  B uang yang buruk
   C iptakan yang baru

Salam Da'wah  W uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. 
 Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum ..
^_senyum_^
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

===            ======            ===

KITAB,CINTA RUMI


Wajahmu
(Kitab Cinta Rumi)

Mungkin kau berencana pergi,
seperti ruh manusia
tinggalkan dunia membawa hampir semua
kemanisan diri bersamanya

Kau pelanai kudamu

Kau benar-benar harus pergi
Ingat kau punya teman disini yang setia
rumput dan langit

Pernahkah kukecewakan dirimu ?
Mungkin kau tengah marah
Tetapi ingatlah malam-malam
yang penuh percakapan,
karya-karya bagus,
melati-melati kuning di pinggir laut

KErinduan, ujar Jibril
biarlah demikian
Syam-i Tabriz,
Wajahmu adalah apa yang coba teringat lagi oleh setiap agama

Aku telah mendobrak kedalam kerinduan,
Penuh dengan nestapa yang telah kurasakan sebelumnya
tapi tiada semacam ini

Sang inti penuntun pada cinta
Jiwa membantu sumber ilham

Pegang erat sakit istimewamu ini
Ia juga bisa membawamu pada Tuhan

Tugasku adalah membawa cinta ini
sebagai pelipur untuk mereka yang merindukan-mu,
untuk pergi kemanapun kau melangkah
dan menatap lumpur-lumpur
yang terinjak olehmu

muram cahaya mentari,
pucat dingding ini

Cinta menjauh
Cahayanya berubah

Ternyata ku perlu keanggunan
lebih dari yang kupikirkan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More