Wednesday, February 13, 2013

Salam maal hijrah ! :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

selamat menyambut maal hijrah sy ucapkan kepada para pembaca :)
ada apa dengan maal hijrah ini?? 
inilah waktunya kita refresh niat dan refresh iman kita..
kita set up niat baru untuk berhijrah menjadi insan yang
 lebih baik dari sebelumnya dan pastikan ia dilaksanakan :)
Buat para da'ie dan diri ini sendiri , renunglah kata-kata Imam Hassan Al-Banna ; 

"perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
Kita akan memerangi manusia dengan senjata KASIH SAYANG."
Anyone who seek ALLAH will surely find HIM..sesungguhnya petunjuk itu di jalan mereka YANG MENCARI....carilah petunjuk dengan ILMU maka akan berkekalanlah keislamanmu..jangan kerana ikutan kamu berhijrah
kurangkan mazmumah,tingkatkan mahmudah
teruslah berjuang dalam memperbaiki diri
mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..
tegakkan Islam di hatimu,maka tertegaklah Islam di muka bumi ini..insyaallah

Surat Untuk Awak :)
Wednesday, November 14, 2012 • 11:12 PM • 

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

AWAK,ANDA,KAMU.. bla..bla..bla... hihi
hmm...
Waktu kecil-kecil kita dulu, ummi ayah kita mesti suruh kita belajar silat kan, taekwondo kan, senang kata 'martial arts' kan?? Bila kita tanya kenapa, mesti mereka jawab nanti kalau ada orang jahat, boleh kalahkan orang jahat. Kita pun mulalah berangan kita jadi 'power rangers', 'powerpuff girl' dan sebagainya. Mulalah pasang impian ingin jadi superhero, ingin kalahkkan orang jahat. Bila ibu tanya, "besar nanti mahu jadi apa?" Terus jawab dengan penuh semangat, "Saya mahu jadi superman!!"
Tetapi bila umur sudah semakin bertambah, tiba-tiba kita rasa seperti 'no point' belajar segala macam 'martial arts' itu. Sebab sekarang semakin canggih. Orang jahat bawa besar. Barulah kita mahu buka langkah silat, orang jahat angkat saja besar, terus kita buka langkah seribu. Macam kita belajar 'martial arts' itu saja-saja mahu buang duit ummi abi. Rasa tidak itu??
 zaman sekarang ni bukan kehebatan kita dalam 'martial arts' yang dipandang. Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu itu yang paling penting. Mesti awk tertanya-tanya apa kaitan 'martial arts' dengan iman, nafsu ini semua. Mesti kata orang yang tengah tulis surat ini udah sngt. huhu~
Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat, senang sangat kita mahu terjebak dengan benda merepek-repek itu. Cuba bayangkan, kalau orang itu iman dia macam biskut, mesti dia senang sangat mahu jadi jahat. Sebab itu kita kena pelihara iman kita.
Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. Cuba tengok sahabat--sahabat Rasulullah SAW. Hubungan mereka sangat kuat kepada Allah. Jika sebelum islam mereka menentang Rasulullah, tetapi setelah mereka memeluk islam kerana mencari redha Allah, mereka sanggup tinggalkan keluarga, harta demi ikut baginda berhijrah ke Madinah. Tiada satu pun yang menghalang mereka untuk tidak ikut berhijrah.
Tapi sekarang, zaman seakan berubah, seakan dah macam zaman jahiliyah semula. Kalau ada orang itu "Baik in terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik pada dia. Jika pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju. Pakai baju jubah di anggap tidak pandai bergaya dan berfesyen 'basi'. Maksudnya sekarang, maksiat itu sangat berleluasa. Tak kisah la di jurang mana pun.
Sehinggakan yang baik itu tampak jadi asing, yang dedah aurat, gaul bebas, zina dan arak jadi perkara biasa. Jadi, apa yang boleh tolong kita nak 'counter' maksiat ni, bukannya 'martial arts' yang berbunga-bunga tu yang penting untuk selamat kita dari bencana akhlak dan iman tu, tetapi hubungan kita dengan Allah dan juga iman kita.
Kalau kita hebat di gelanggang silat, tetapi iman kita macam biskut, tidak berguna. Lagipun Allah tidak pandang pun 'martial arts' kita itu, jadi tak perlulah nak bermegah-megah dengan 'martial arts' tersebut.
Saya tahu mesti kamu kata, "susah la mahu jaga iman! Iman ini kan senipis kulit bawang. Senang saja mahu terkoyak." Saya sudah agaknya anda akan petik kata-kata itu. Tidak mengapa, kita semua tidak sempurna. Kita semua memang tidak boleh jadi sempurna, tetapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.
"Perfection is impossible but effort to be a better is possible."
Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang saya juga tersilap. Tapi jika kita sedar kita sudah tersilap, teruslah cepat-cepat bertaubat. Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa. Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan dosa.
So, lets be a better person together! Ingatlah anda, sekarang ini bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
Saya rasa setakat ini dahulu surat saya untuk anda. Saya tulis surat ini sebab saya mahu masuk Jannah dengan anda. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.

0 komentar:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More