✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
Usia ini singkat.
Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian & keasyikan
(Anonymous)
Pernah jumpa situasi ini?
“Ish bukannya dia mahu senyum. Sombongnya dia.. iss!!
· Kita selalu mengharapkan orang
senyum kita dulu kan? lepas itu tension sendiri. Kenapa kita mesti
berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu &
meminta. Bukan ke tangan yang di atas itu lagi baik berbanding tangan
yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecil-kecil pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D
· Kalau benar kita melakukan demi
redha & cinta lahi, lepas senyum baling tomato dengan petola juga, kita tak kisah kan. insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah ..
Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian
tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain.
Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.
Kadang-kadang manusia suka isi hatinya
didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah
diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan
diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk
didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara
satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri,
bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi &
lauk~
Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya
dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan
sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata saja ~
Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah,
nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila
dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa
rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan
pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan
jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit,
stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng.
Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga
& selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~
Kadang-kadang manusia mahukan dirinya
difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk
memahami orang lain sekalipun isi hati mereka.
Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? konsep tu?
Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi.
Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita
balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri
sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti.
Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak
sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat
seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..
Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan
tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain
malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang
lain.
Kadang-kadang manusia mahukan urusannya
dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu
mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah
tarik? Betapa sombongnya..
Dan sememangnya manusia mahukan doanya
& keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk
melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya
tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak
memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam.
Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita
alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih
kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih
kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak
diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..
Ibu ayah marah sebab apa? Sebab mahu kita
jadi anak yang baik, soleh, solehah. seperti itu juga Allah. Cuma kasih
sayang Allah tiada terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab n kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang
berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat
dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap
ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..
Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesama kita terkena & mesti saling ingat mengingatkan :)
Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya harus buat itu juga?
Saya juga manusia biasa.
terlihat saya buat silap, tegur saja. Saya
tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih
ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha
membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.
Kalau ada siapa siapa yang mahutegur lepas ini,
jangan teruih taboh saja orang itu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali kan
jalan yang Allah mahu kita lalui sebab kita tersalah rupanya..
Hamdan Lillah :)
0 komentar:
Post a Comment