✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
"Is your heart filled with something else,
that you leave no space for Allah?
Where is Allah in your heart?
Allah SWT berfirman:
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu & agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat ma'ruf & mencegah dari yang mungkar & yang memelihara hukum-hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."
(At-Taubah, 9: 112)
Pernah KAH kita terfikir. Saat bila kita mula berkenalan dengan Allah?
Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata,
kita lahir ke dunia ini mestilah terus kenal Allah.
Umur 5 tahun sudah di ajar Iqra'.
Umur 6 tahun di ajar solat.
Umur 8 tahun mula puasa penuh.
Jadi, sudah lama la kita kenal Allah ini. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana?
Apa sifat-sifat Allah? Yang ada 20 tu.
Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu belum tentu semua orang ingat.
Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu.
Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar mahu tahu.
Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa.
Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika.
Tak sedar ke Allah tu sentiasa ada?
Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009
Haa? tahun lepas?
Ye! tahun lepas...
Habis tu, selama ini tak kenal Allah?
Bukan tak kenal.
Kenal, tapi tak cukup kenal.
Jadi, buat-buat kenal saja..
1 tahun itu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin sudah boleh jalan.
Tapi berkata, lambat lagi. Macam itu la tempoh masa perkenalan saya & Dia. Cukup pendek.
Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti & yakin tentang Dia.
Allah ini kan... TERLALU sangat SWEET subhanalloh!
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup yang terlalu setia setanding Dia..
Tidak akan pernah ada..
Dia Pemberi Kekuatan..
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi.
Menemani diri tatkala keseorangan,
menemani diri tatkala kesedihan,
menemani diri tatkala kegelisahan,
menemani diri tatkala kesepian.
Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia selalu ada disamping saya..
Selalu ada & tidak pernah sama sekali Dia tinggalkan saya sendirian..
Dalam 'surat cinta-Nya'.
Dia berfirman:
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit & bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung & penolong selain Allah."
(Al-Baqarah, 2: 107).
Dia Peneman Bicara..
Banyak yang terpendam di lubuk hati.
Terkadang terasa ingin meluahkan pada seseorang.
Tapi, ragu-ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian.
Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Dan terkadang, malu mengatasi segalanya.
Tapi pada Dia, saya tak malu inginbercerita. Semua sekali & tiada yang tertinggal!
Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata tak mengapa.
Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat.
Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang
terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Subhanallah!
Allah tu terlalu sweet kan!
Allah berfirman lagi dalam 'surat cinta-Nya':
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran, 3: 29).
Dia yang Kaya Raya..
Selalukan kalau kita dengar cerita atau melihat kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak
hadiah. Teddy bear, kado hadiah yang lucu cantik-cantik, bunga, baju, sepatu,tas &
macam-macam lagi!
Saya pun tak pernah dapat hadiah macam itu dari lelaki. Kesian kann..?
Banyak! lepas itu semua orang mula la puji.
"Eh, bagus yah bf kau. Sweetnya yah!"
Cukup sweet kan? Kalau yang bf itu sekadar
guna duit loan, scholar, atau kerja mahu belanja kita, mesti akan ada ketika masanya kita harus juga guna duit sendiri. Paling-paling duit
tambang bas, teksi atau komuter mahu keluar. Still! Duit kita akan kurang
juga yah kan. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 rupiah pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 rupiah sudah tak laku. Jadi, 5 rupiah yah).
Tak cukup sangat sweet itu sebab kan saya dah kata yang Dia lagi SWEET!
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia.
Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ini, semua Dia yang bagi.
Segala-galanya & tiada yang terkecuali. Amacam? Hebat kan Dia?
Ada manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Kadang-kadang, apa yang saya idamkan itu, hanya terdetik di hati & saya tak bersuara dengan Dia pun untuk tunaikan hajat saya.
Tapi kannn? Dia tahu apa yang saya idam-idamkan, cita-citakan.
Dia bagi!
Alhamdulillah! Betapa sweetnye Allah tiada siapa yang mampu menandinginya..
sweet kan dia.. ALLAHHUROBBI
Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua Ini pada saya directly.
INGIN tambahkan sweetness Itu, Dia bagi melalui medium & wasilah lain.
Daripada UMMI,abah, daripada sponsor saya & lain-lain.
Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya
akan segan & malu sebab saya tak ada apa-apa pun mahu bagi untuk
balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya.
Subahanallah! Sweetkan Allah??
Dalam surat 'cinta-Nya',
Dia berfirman lagi:
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran & penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus, 10: 31)
Dia yang Pemaaf..
Manusia ini susah mahu mengaku salah. Paling teruk, susah mahu meminta maaf.
Dengan Dia, saya ada terlalu banyak kisah tentang kesalahan, kekhilafan, kesilapan & keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah sekarang sudah banyak kali sudah saya sakitkan hati Dia.
Dia kata jangan buat, saya buat juga. Apa yang Dia suruh buat, saya tak mahu buat.
Degil macam kata dia! Kalau dengan manusia, sudah lama sudah saya patut dapat marah.
Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya.
Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia.
Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Ada yang mampu sabar setanding dengan Dia maksud saya (ALLAHUROBBI)??
Tapi bila sudah tahu, bila sudah kenal, terkadang tu tetap juga saya ulang balik kesalahan yang lalu.
Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf dengan Dia balik.
Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong...
Dia PASTI akan tetap maafkan saya.
Subhanallah, Dia terlalu Sweettt!
Dia berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar, 39: 53).
Dia Pemberi Ketenangan..
Keluh kesah. Resah gelisah. Gundah gulana.
Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya.
Bila mahu exam,bila ada masalah dgnn sahabat,masalah dgn family,,semua lah..
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah.
Kalau dengar saja suara dia,
hati aku mesti tenang."
Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ini lain. Dia orang tak faham sebab kita sama kan.
Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ini, lebih mudah untuk saling
memahami. Cas yang sama kan saling menolak.
Bila cas yang berlainan baru saling menarik." Errmm??
Tapi, bila marahan...
"Benci betul la aku dengan dia ini!
Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pula yang merajuk marahan...
suDah la!."
A'ah, tenang SAJA.
Paling tak baik, bila perempuan yang marah, si lelaki Ini pun ikut merajuk marahan sekali YAH.
Aduyaii, bukannya mahu pujuk. Perempuan pula yang haruskan pujuk balik.
Come on la Bro! Tak sweet punnn!
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ini.(macam layan-layan saja tarik-tarik.. isss...
Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat.
Dan setiap kegelisahan, kesedihan,
kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan
perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Subhanallah!
Siapa yang mampu tandingi kehebatan si Dia? Tiada sama sekali!
Dalam 'surat cinta' itu lagi,
Dia ada berfirman:
"(yaitu) orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd, 13: 28).
Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Juga!
Allah ini sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi itulah.
suDah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa. Aku selalu sangat lupa..
Dia berfirman lagi:
"Mereka (yang disembah itu) menjawab,
Mahasuci Engkau, tidaklah pantas bagi kami mengambil pelindung selain Engkau, tetapi Engkau telah memberi mereka & nenek moyang mereka kenikmatan hidup, sehingga mereka melupakan peringatan;
dan mereka kaum yang binasa."
(Al-Furqan, 25: 18)
Ada ketika saya buat tak tahu je dengan
Dia. Dia sentiasa ada di sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun
Dia. Tapi, Dia tetap juga bagi saya macam-macam nikmat. Saya pula tak
berterima kasih pun pada Dia. Sebab bila saya terlalu leka dengan apa
yang saya milik,
saya lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu walaupun saya tak pernah minta pun.
Teruk kan saya? =(
Tapi, Dia sangat sweet...
Dia pun rindu saya juga. Dia mahu saya ingat dengan Dia. Dia mahu saya sebut nama Dia.
Dia mahu saya minta tolong pada Dia. Sebab
kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the
spot! Terima itu jugak Dia boleh bagi.
Tapi ada yang Dia hold on dulu. Sebab Dia mahu saya dapat yang lagi BEST! Lagi TERBAAIK!
Dalam 'surat cinta' itu,
Dia ada berfirman:
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2: 216).
Jadi, bila Dia SUdah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan mahu susahkan saya.
Tapi sebab Dia mahu tahu, betul apakah saya cintakan Dia? bibir kata cinta, tapi di hati macam mana?
Dan paling penting, Dia ingin saya ingat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu saya.
Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis!
Tapi, bila macam ini, satu kata yang pasti saya sebut.
Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut...
Ya Allah!Allahuakbar!
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai...
Dia berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."
(Al-Baqarah, 2: 152)
Dia Pendamping Abadi..
Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya.
Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba,
yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang
bersifat sama. Seorang hamba..Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh
masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Semua orang ingin yang terbaik
untuk kebahagian dunia & akhirat. Saya juga! Dan Dia tahu saya mahu kan
yang terbaik.Tetapi, Saya tidak dambakan kesempurnaan yang hakiki pada
dirinya sebab saya pun tidak sempurna & penuh dengan kekurangan.
Cukuplah kami terus & terus berusaha untuk tampak sempurna di
mata-Mu,
Ya Rabbi Ya Mujiib Ialhi..
Yang penting, saya kenalah berusaha dulu
dari sekarang untuk berada dikalangan mereka yang solehah. Moga Allah
kurniakan saya cinta yang mampu menjadi pendayung yang boleh membawa
saya kepada cinta yang Hakiki iaitu, cinta Ilahi yang abadi hingga ke
syurga..
Hanya doa saya kepada-Nya yang menjadi
wasilah dalam mencari secebis kekuatan untuk memelihara saya & juga
dirinya dari ujian & mehnah di usia alam keremajaan ini. Aamiin Ya
Rabb!
Dia berfirman:
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik & laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur, 24: 26)
Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat.
Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
dan sudah berkenalan dengan Allah? Kalau
belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan anda takkan
pernah sedar yang Allah itu sweet!
Thank you Allah!
Dia berfirman lagi:
"Allah tidak akan menyiksamu,
jika kamu bersyukur & beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."
(An-Nisa', 4: 147)
Allah SWT berfirman:
"..Dan sungguh, negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?
(Yusuf, 12: 109)
Jika kau mahu hati sentiasa hidup & tidak kesepian dikala keseorangan,
cintailah & bergantunglah pada yang tidak akan pernah mati, Allah :')
0 komentar:
Post a Comment