Wednesday, February 13, 2013

Persahabatan... :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


KECINTAAN
 adalam elemen yang penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan mudah rapuh apabila tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kepada sahabat dengan mengungkap, 'uhibbbuka/i fillah' (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) supaya mereka tahu betapa cintanya kita pada mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG
 lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, apabila mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kepada mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita, itu sudah cukup membuktikan kita sayang mereka.
KEIKHLASAN
 dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat ataupun harta yang dimilikinya.
KESETIAAN 
kepada seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia, kita diingati oleh mereka hingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah ataupun senang, kita sedia berada di sisinya memberi sokongan.
KEBERANIAN 
dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita mesti berani apabila mahu mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita perlu berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita kerana sebagai sahabat kita mahukan yang terbaik untuk mereka, bukan?
KEJUJURAN 
juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu ataupun menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN 
Apabila sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah memaafkannya. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan mereka pada kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya. Sekiranya kita yang bersalah, janganlah malu meminta maaf kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
KESEDIHAN 
Apabila kita sedar sahabat kita sedang bersedih, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita bagi dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN 
Begitu juga dengan kegembiraan. Sekiranya kita gembira, mari berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN 
di sini bukanlah bermaksud, "Awak cantik, saya mesti cantik," "Awak kaya, saya pun perlu kaya." Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.





PESANAN BUAT DIA YANG AKU GELAR SAHABAT :)


— pesanan buat dia yang aku gelar sahabat :)
pencintabahagia:

Tuhan. jagakan sahabatku.

Ya Rabbi..
aku bersyukur kehadrat Mu..
dikurniakan wanita wanita solehah sekeliling ku..
yang menyintai dan mengasihi ku..
serta menyayangi aku..
seadanya aku..
Ya Rahman..
kasihlah mereka..
pelihara lah meraka..
sesungguhnya ..
aku juga akan mencuba..
menjaga persahabatan ini.. 
selama lama nya..
dengan izin Mu Ya Rabbi..
Hasrat ingin ke Jannah Mu..
takkan aku berjihad sendirian..
ingin sekali ku bawa semua yang mengasihi ku..
di kiri kanan ku..
di hadapan dan belakang ku..
bersama sama menempuhi..
membawa bekalan..
menuju hari Pengadilan..
sebelum bertemu dengan Mu..
wahai sahabat sahabat  yang tercinta..
setiap teguran, setiap perlakuan..
bersebab..
aku menyintai kalian kerana Illahi..
dia yang memberi rasa ini..
pertemuan kita, perpisahan kita kerana Nya..
semoga persahabatan kita kekal abadi Selama Nya.
Lillahi Taala :')
Jazakillahukhairan for all the moment,
for all the assist, the tears, the happiness..
i enjoy my life, with you guys..
semua yg bergelar ukhti kesayangan ku..
tak terlepas walau satu pon.. hati ni merindui kalian sayang. :')
semoga aku di beri kesempatan utk bertemu kalian..
semoga di panjang kan umur utk itu..
marilah kita berjuang bersama sama
menempuh dunia fana yang sementara ni..
mengejar sesuatu yg lebih hakiki...
uhibbuki fillah fin Jannah :')

*Post ini untuk semua yang mengenali diri ini... terutamanya ukhti Syahidah, ukhti Liana, ukhti Maimunah, juga buat ukhti Amirah,  DAN,adek-adek TWITTER & FACEBOOK yang kenal, dan ada rapat dengan saya..:)

0 komentar:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More