✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..
hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
demi menenangkan hati yang celaru..
demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..
melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.."
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )
sering kali ana terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa
ketika diuji..ada ketikanya..mereka mencari penyelesaian yang
salah..mencederakan diri sendiri..menyakiti diri sendiri..menyeksa diri
sendiri dan seumpamanya..ada jua yang sering menyalahkan takdir yang
menimpa diri..mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap
mereka..memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka..termasuklah Allah
yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya..ada jua yang
memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang
dihadapi..pabila iman di dada semakin tipis..aqidah yang dipelajari
sedari kecil semakin pudar..yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan
syaitan..inilah yang akan terjadi..ini bukan sekadar kata-kata
kosong..kata-kata yang tidak memahami..tapi adalah kata-kata dari kisah
yang benar..kerana ana jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri
sewaktu ketika dahulu..mujur,saat dugaan datang menyapa..iman ku
walaupun menipis..masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang
menghindarku dari melakukan perkara-perkara yang buruk..
TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?
ATAU
ATAU
ATAU
menangis,
meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk
mengekspresikan rasa di dalam hati..tapi percayalah..air mata yang jatuh
di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas
bantal..mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun..tersenyum itu
lebih baik dari muka yang masam mencuka..kerana itu lebih mententeramkan
jiwa yang sedang bergelora..janganlah cepat berputus asa dalam meniti
ujian yang mendatang..janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang
menimpa..redhakan lah diri..lapangkan hati..bukakan lah minda..terima
ketentuan setiap yang terjadi..yakinlah dengan setiap hikmah yang
ada..kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa..
"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.."(Az-Zumar 40:53)
teringat
satu ketika dulu, pabila diri ana dihimpit dengan rasa sedih yang
teramat sangat..hanya air mata jadi peneman yang setia..tak
berhenti-henti tangisku dari pagi sampai malam..menyebabkan mata tak
dapat dilelapkan..makanan tak dapat ditelan..tiba-tiba hati tergerak dan
terasa ingin mengambil wuduk..lalu langkah kaki diatur menuju ke mesjid yang berdekatan..mesjid yang jarang di imarahkan..mesjid yang mesjid sepi
tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya..sejadah dibentang..lalu solat
sunat dilaksanakan..tangan ditadahkan..segalanya diadukan
kepada-Nya..hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya..air mata
tumpah sekali lagi..dan air mata itu berhenti tatkala ana tertidur di
atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung..bila
terjaga dari tidur..hati terasa lapang..tenang..kegelisahan yang melanda
hilang begitu sahaja..bibir sudah mampu mengukirkan senyuman..keputusan
terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa
yang mampu mengugat keyakinan diri lagi..tatkala itu hidayah datang
mengusik hati nurani..diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering
didengar.."dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang"
dugaan dan
ujian itu adalah penyeri kehidupan kita..itulah hakikatnya..tersenyumlah
ketika dirimu diuji..kerana ketahuilah..dengan diuji, kita tahu bahawa
Allah masih mengambil berat tentang kita..tak mengabaikan kita..dan
menyayangi kita..lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan
diri kita terhadap-Nya..untuk Dia ketahui tahap kita
mencintai-Nya..ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi
musibah yang menimpa..tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup
kita..terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita
hadapi..kegembiraan itu dirasai apabila kesedihan berlalu..bahagia itu
datang pabila derita dapat diatasi..dugaan dan ujian ini juga untuk
mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam
menjalani kehidupan harian di dunia ini..betapa halus cara Allah
mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang
fana ini..carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian
kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk
membimbing diri kita..jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai
ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada
Allah..mohonllah perlindungan dan bantuan-Nya..kerana Allah itu Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam
nuranimu..Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha
Berkuasa..
*p/s: "bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan
segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang
membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan
damai lah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati
yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat
dan akrab dengan-Nya.:)
0 komentar:
Post a Comment