✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang
rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik
sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik
kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki
adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi
mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual
maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan
sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana
mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya
lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat
manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya.
Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan
bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara
fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana
ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita
adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka
menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi
barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita
yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu
dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang
tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup
kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam
keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah
dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau
memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan
perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti
di bawa ini:
– Bersopan satun
– Senantiasa memaniskan wajah
– Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
– Menutup aurat
– Ramah dan mesra
– Tidak terlalu cemburu
– Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum
tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di
mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai
pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri,
teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa
kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa
mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam
sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.Lantas,
gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan
dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan
kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA,
yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan
dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.
0 komentar:
Post a Comment