✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
Entry kali ini amat sesuai dibaca oleh
pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan & kepada
mereka yang baru MAHU berkenalan
Biasanya golongan begini memang kerap
melakukan aktiviti negative seperti memandang, sentuhan, bersolek,
haruman, duduk & hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada
kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat
dunia. Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak
untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s
Sesungguhya iblis pernah bersumpah :
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)
Iblis menjawab, "kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)
MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah
SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan
rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila seseorang mula
menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora
dalam jiwa. Astaghfirullah
BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut &
susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut
syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah
HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah
DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka
yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina.
Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buat
apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar
ditepis. Percayalah sahabatku.
HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu
bersama kawan-kawan lelaki & perempuan ke pesta, wayang atau
konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat &
kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah
JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )
Kita kena ingat
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH
Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)
0 komentar:
Post a Comment