Terasa sepi jiwa hamba..
Dari kasih sayang Maha Pencipta..
Terasa sayu hati kecil..
Meronta lemah tak berdaya..
Terasa kerdil di pandangan-Nya..
Dengan dosa-dosa..
Terasa hitam dan kotor di lubuk hati..
Dengan bintik-bintik noda maksiat duniawi..

Aku merindui..
Jalan kebenaran suci Ilahi..
Aku merindui..
Hidayah petunjuk hakiki..
Aku mendamba..
Kasih sayang Maha Esa..
Aku mendamba..
Cinta sejati-Nya..
Aku mencari..
Cinta abadi yang boleh dibawa mati..
Aku mencari..
Sinar cinta murni yang tulus pada Rabbi..

Manik-manik jernih mula jatuh..
Membanjiri segenap ruang di sanubari..
Kerinduan pada Tuhan pencipta diri..
Semakin memberkas naluri..
Gelora cinta sang hamba pada Khaliq..
Makin hebat memukau jiwa..
Membanjiri segenap ruang di sanubari..
Kerinduan pada Tuhan pencipta diri..
Semakin memberkas naluri..
Gelora cinta sang hamba pada Khaliq..
Makin hebat memukau jiwa..
Lubuk jiwaku merindui hidayah cinta-Nya..
Relung rasaku mendamba kebenaran-Nya..
Zikrullah semakin bertunas di bibirku..
Godaan demi godaan cuba ku tepis semampuku..
Aku hanya berharap pada cinta Yang Maha Satu..
Relung rasaku mendamba kebenaran-Nya..
Zikrullah semakin bertunas di bibirku..
Godaan demi godaan cuba ku tepis semampuku..
Aku hanya berharap pada cinta Yang Maha Satu..
Ku kentalkan semangat..
Ku azamkan kekuatan..
Mencari ketabahan dan kesabaran..
Dengan merisik khabar gembira nota-nota cinta-Mu..
Mencari secebis keinsafan daripada segunung ujian-Mu..
Ku cuba menapak kembali ke dalam jiwa..
Yang semakin gersang tanpa cinta-Mu..
Ku ukir semula kasih-Mu yang telah mula dicantas..
Oleh keindahan dunia yang fana’..
Ku jana semula sayang-Mu yang telah pudar..
Dek kerana kotornya hatiku..
Zikir munajat ku alirkan pada jiwa yang sudah mula berkarat..
Ku gilapkan hati yang karat dengan sentuhan tulus air mata taubat..

Ku temui laluan indah-Mu..
Akan ku teruskan langkah ini dengan penuh maju..
Akan ku hadapi cabaran yang menyerbu di hadapanku..
Biar aku tahu, hidup ini penuh mehnah..
Menitinya tidak mudah..
Perjuangan suci memerlukan sejuta pengorbanan..
Seperti yang ditempuh oleh Rasulullah..
Biar ku sadar, moga di akhir helaan nafas ini..
Jannah Syurgawi sedang menanti..
Biar jiwaku tidak lupa..
Ujian itu tarbiyah dari Yang Esa..
Dugaan itu pematang kehidupan manusia..

Ku siram rona jiwaku dengan zikir pada-Nya..
Ku alunkan munajat taubat agar mekar dan subur cintaku pada-Mu..
Ku salurkan rinduku pada janji-janji manis-Mu..
Ku ukir senyuman setulus sedekah dari hati..
Ku cuba lakukan ibadah seakan esok tiada lagi untuk aku lalui..

0 komentar:
Post a Comment