Alhamdulillah.. ana bisa berbagi kembali dengan sahabat
semua
Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana
Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita
dan membantu kita Dalam Da'wah untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini,
Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin
___________________________________________
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita
sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya
sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa
Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai
belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa
belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita
selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam
hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya
rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa
sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih
selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak
hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya
yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat
kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah
mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang.
Perkataan
yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan
perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap
mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi.
Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau
sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda
menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman
hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun
fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat
pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda.
Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia.
Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda
sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat
dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya.
Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan
terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan
sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa
bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada
seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa
sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya
memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa
depan bersama.
Cinta
terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai
istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab,
mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu
mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat
daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri.
Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada
diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta
mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga
memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila
berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah
kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya
disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian
cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud
istilah putus cinta.
Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog
ana.. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mamfaat kepada sahabat2
semua .. insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua
sahabat ^^
Dipersilahkan bagi yang ingin ShaRE is CAring ..semuanya
milik bersama..
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang
baik
✩ B uang
yang buruk
✩ C
iptakan yang baru
Salam Da'wah W uKHuwahFIllah abADAn abaDA ..
Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum ..
^_senyum_^
Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum ..
^_senyum_^
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
0 komentar:
Post a Comment