Alhamdulillah.. ana bisa berbagi kembali dengan sahabat
semua
Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana
Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita
dan membantu kita Dalam Da'wah untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini,
Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin
___________________________________________
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."
Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan.
Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita
selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti
kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau
kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari
ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam
manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita
telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?
TERIMA KASIH
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya
kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya
hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia
disakiti.
Namun
kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan
lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita
terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
SELAMAT TINGGAL
Mengapakah
seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan?
Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan
memaafkan?
Kita
sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu
dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan
memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Kita
mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji
akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita
tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah
merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar
sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau
keluarga kita.
Maafkan sahaja.
Kembalilah bersaudara.
Andai
Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak.
Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan
letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu
semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]
Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog
ana.. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mamfaat kepada sahabat2
semua .. insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua
sahabat ^^
Dipersilahkan bagi yang ingin ShaRE is CAring ..semuanya
milik bersama..
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang
baik
✩ B uang
yang buruk
✩ C
iptakan yang baru
Salam Da'wah W uKHuwahFIllah abADAn abaDA ..
Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum ..
^_senyum_^
Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum ..
^_senyum_^
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
0 komentar:
Post a Comment