Ya ALLAH..
Andai nanti cinta itu hadir untukku
Biarlah cinta yang berhak bagiku
Cinta yang halal pada pandanganMU
Ya ALLAH..
Andai nanti cinta itu hadir
Jangan biarkan cinta itu
Melebihi cintaku padaMu
Hingga aku lalai dari mecintaiMU
Ya ALLAH..
Andai nanti cinta itu hadir buatku
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU terlebih dahulu
Biar rasa cintaku padaMU tetap seperti dulu
Ya ALLAH..
Andai nanti cinta itu hadir untukku
Kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMU
Biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMU
Ya ALLAH..
Andai nanti cinta itu hadir untukku
Biarlah pengaduan atas deritaku
Rasa syukur atas kebahagianku
Hanya kupanjatkan kepadaMu terlebih dahulu
Kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku
Ya ALLAH..
Andai cinta itu hadir
Khusyukkan aku dalam solatku
Tenangkan aku dalam ibadahku
Kerna fitrah insaniku telah Kau sempurnakan
Ya ALLAH..
Andai cinta itu hadir untukku
kurniakan aku insan yang Engkau cintai untukku
Amiiin Ya Arhamar Rohimeen~~
0 komentar:
Post a Comment