^_senyum_^Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin
Alhamdulillah.. ana bisa berbagi kembali dengan sahabat semua, ini ana ada note
=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
ARtI Di sEbALik SurAtAn dAn UjIaN...
Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!
Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.
Dalam tak sedar, bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.
Pada Yang Esa ku adukan segala… Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya. Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan. Agar dugaan ini berjaya diharungi. Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku, Menempa Syurga abadi itu cita-citaku. Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi, Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini. Peliharalah daku Ya Muhaimin, Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.
Tatkala hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan, hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa, tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban. Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?
Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini. Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya, maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu. Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMu.
Pernah hati ini terguris Dengan fitnah dan tohmahan menghiris Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela Kutabahkan hatiku harungi hidup Biarpun tiada siapa yang menemani Keseorangan aku di lautan sepi Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya Setiap segala yang menimpa diri Kuserahkan segala padaMu Tuhan Yang Berkuasa jua Mencipta Kerana engkau Maha Mengetahui Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi Menahan dugaan yang mencabar ini Terasa bagai noktah telah kutemui Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku Bekalkanlah daku dengan limpahan iman Agar tabahku menghadapi dugaan Agar tidakku terhenti di pertengahan Kini di sini aku berdiri Bersama harapan yang tulus suci Agar terbitlah kembali mentari pagi Setelah malamku berkalut benci
Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan. Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya…
Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.
Wallahua’alam....
===
Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....
--------------------------------
=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas or tag semuanya milik bersama..
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang baik ✩ B uang yang buruk ✩ C iptakan yang baru
Salam Da'wah wa Salam Ukhuwah Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum.semoga bermanfaat Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
^_senyum_^
0 komentar:
Post a Comment