✿.✿ بسم الله الرØمن الرØيم ✿.✿
KECINTAAN
adalam elemen yang penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan mudah rapuh apabila tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kepada sahabat dengan mengungkap, 'uhibbbuka/i fillah' (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) supaya mereka tahu betapa cintanya kita pada mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG
lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, apabila mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kepada mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita, itu sudah cukup membuktikan kita sayang mereka.
KEIKHLASAN
dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat ataupun harta yang dimilikinya.
KESETIAAN
kepada seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia, kita diingati oleh mereka hingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah ataupun senang, kita sedia berada di sisinya memberi sokongan.
KEBERANIAN
dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita mesti berani apabila mahu mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita perlu berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita kerana sebagai sahabat kita mahukan yang terbaik untuk mereka, bukan?
KEJUJURAN
juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu ataupun menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN
Apabila sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah memaafkannya. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan mereka pada kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya. Sekiranya kita yang bersalah, janganlah malu meminta maaf kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
KESEDIHAN
Apabila kita sedar sahabat kita sedang bersedih, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita bagi dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN
Begitu juga dengan kegembiraan. Sekiranya kita gembira, mari berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN
di sini bukanlah bermaksud, "Anda cantik, saya mesti cantik," "Anda kaya, saya pun perlu kaya." Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.
0 komentar:
Post a Comment