Saturday, November 5, 2011

Nota hati seorang perempuan bertudung labuh

Salam to all readers~ =) (Please press ctrl+c to copy and sharing to the others, I have to disable right click for some reason but it does not mean that it can't be copy and shared, thank you.)










Testimonal;


[AsiyahWaheed]


"Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila menyarungnya akan membuatkan saya cukup selesa."




[AieeenieAhmad]


"Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya."




[FateenSafyqa]


"Ianya menutup aurat, itu paling penting. Fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people tapi sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu."




Berikut adalah suara-suara testimonal oleh pemakai tudung labuh.


Hidup menuntut kita untuk membuat pilihan.


Anda ada dua pilihan. Hidup juga menuntut kita untuk membuat pilihan.



Memilih jam mahal diletak di dalam balang berkaca di show room. Indah dipandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun dari jauh, padahal kita sangat ingin sekali memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar-benar punya wang yang banyak yang mampu membelinya.




Terkadang longgokan jam murah di pasar malam itu, sangat menggoda kita untuk membelinya. Murah,. Mudah untuk dilihat, tidak diletak di balang-balang kaca. Kita dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa ditatap seenaknya, disentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa.




Jauh di sudut hati, pasti kita menginginkan jam yang mahal tersebut.




Yang tertutup itu indah, dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Walhal keinginan untuk memiliknya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.


Siapa soleh dapat solehah.



Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dilahirkan diharap juga soleh solehah seperti ibu bapanya.




Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri, dan dipercayai. (jika ada kes yang terjadi berlawanan seperti apa yang dinyatakan itu kes terpencil)




Jadi, akhlak luaran telah menggambarkan dalaman. 



Bertudung labuh itu satu perlindungan

Bagi saya sendiri, bertudung labuh merupakan satu perlindungan. Perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman. Apabila memakai ‘perlindungan ini’, saya rasa lebih selamat. Maksudnya di sini, apabila kita bertudung labuh, yakni sedang melakukan perkara kebaikan, kita akan berusaha untuk menjaga tingkah laku.




‘Eh, aku pakai tudung labuh, mana boleh macam ni, macam ni’
‘Pakai tudung labuh ni, kena jaga akhlak, nanti orang tengok’






and so on. Pendek kata, kita akan lebih menjaga diri kita sendiri, kerana orang lain memandang. Owh, maksud saya bukan memakai tudung labuh adalah untuk menjaga cakap-cakap orang semata-mata, menunjukkan kita ni KONON baik, dan bukan semata-mata pakaian orang alim, ke apa, tapi sebenarnya lebih dari itu.




Ianya adalah perlindungan. Perlindungan kepada diri saya, dan saya pasti si pemakai tudung labuh juga akan turut merasa begitu. Kita akan berusaha untuk melakukan perkara mahmudah setiap masa, dan cuba untuk menepis mazmumah dalam diri. Nilai mahmudah ditambah-tambah dan nilai mazmumah dicarik pergi. Yang paling penting, adalah kita berusaha untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari.





Pernah masa zaman sekolah agama dulu, pergi outing dekat Kajang. Pergi jalan grouping, ramai-ramai. Depan group kami, budak sekolah lain, bertudung tiga segi biasa. Dan biasalah, bila di shopping complex akan ada lelaki melepak sana, melepak sini. Mereka akan phewwit phewwit dekat budak sekolah di hadapan kami, tapi bila kami pula yang lalu, mereka tak berani nak phewwit phewwit ke apa. Mereka takut untuk menegur. Mereka hanya melihat kami segerombolan budak-tudung-labuh. Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, apabila kita ada perlindungan semacam ini, kita akan lebih selamat daripada diganggu.








Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. (al-Ahzab:59)






Di sini, kita sudah memiliki perlindungan dengan memakai tudung labuh. Sebenarnya pemakaian tudung labuh hendaklah bukan dipaksa. Biar ikhlas dalam menutup bukan paksaan. Kerana bila melakukan sesuatu dengan paksaan ianya adalah sangat berat sebenarnya. Jiwa memberat dan memberontak.




Sewaktu saya bersekolah agama dulu, kena pakai tudung labuh, yelah masa tu mana nak biasa lagi pakai labuh-labuh segala ni. Dari form 1 sampai form 5, saya rasa saya pakai tudung labuh sebab peraturan semata. Saya anggap pemakaian tudung labuh tu tak lebih dari sehelai tudung yang labuh yang kena pakai untuk patuh kepada peraturan sekolah. Saya sendiri merasakan begitu.






Keadaan berterusan sehingga saya dapat tawaran belajar ke Kelantan, Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri. Kena keluar bilik pun kena pakai tudung, I mean tudung labuh. Pergi kelas, kena pakai hand sock, stokin lengan or whatever lah nama dia. Saya tak berapa suka masa tu. Sebab bagi saya dah keluar sekolah agama, keluar jelah, tak perlu lagi nak sarung semua benda ni balik. Mungkin lebih tepat lagi, niat saya masa tu; saya memasang azam untuk tidak bertudung labuh lagi! Yelah, sebab masa sekolah, saya pakai tudung labuh hanya kerana peraturan. Muncul lah rasa rimas, memberontak, etc. etc. sebab kita sendiri masa tu rasa dah bebas, dan rasa MACAM boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu ada peraturan semacam itu.




Dan apabila saya menjejakkan kaki ke institut perguruan dot dot dot, ya, hasrat saya memang tercapai untuk tidak memakai tudung labuh. Even saya ambil kos pengajian Islam, saya pakai tudung yang pendek tapi agak labuh (bukan tudung pendek bawal) tapi saya masih menjaga kelabuhan tudung (tudung silang-silang laa), pendek kata, saya tak pakai tudung labuh awal-awal sem masa masuk institut perguruan dot dot dot. Tapi, lama kelamaan rindu datang menerjah. Saya jadi rindu pada tudung labuh. Waktu tu, saya lansung tak pakai tudung labuh dah, so saya memang tak bawak tudung labuh dari rumah.






Berusaha mencipta ikhlas







Saya rinduuu sangat dengan tudung labuh, lebih tepat lagi perlindungan saya. Lama-kelamaan, saya jadi tewas dengan perasaan sendiri. saya buat tudung labuh (lebih tepat lagi suruh kawan buat T___T) Saya pakai pergi kelas, dan saya kurangkan pakai tudung silang-silang. Alhamdulillah, ikhlas datang secara slowly. Bila kita buat sesuatu secara ikhlas, insyaallah, amalan itu akan berterusan. Sebab ia datang dari niat hati sendiri dan bukan paksaan. Berusaha untuk mencipta ikhlas.





Apa yang selalu orang pandang, apa yang selalu orang nilai, bila bertudung labuh orang baik-baik, bila namanya ustazah mesti solehah, akhlak cemerlang (walaupun hakikatnya tak semua begitu-ini kes terpencil) tapi kita juga meyakini, bahawa kebanyakan mereka adalah yang terbaik dari segi akhlaknya. saya masih kekurangan sana sini lagi...




Saya ulang sekali lagi, yang tertutup itu indah. Anda mahu jam mahal dalam showroom ke atau jam yang dah dipegang-pegang oleh kebanyakan orang? Akal waras kita akan menjawab kita mahukan sesuatu yang sangat berharga. Yang mahal itu sukar didapati, dan yang murah itu sangat senang untuk kita dapat. Membeli jam mahal di showroom tidak semudah kita membeli jam yang di pasar malam. RM 10. Perlu diingatkan, untuk menjadi yang terbaik juga, perlukan pengorbanan.




Saya selalu melihat orang-orang baik di sekeliling saya, si pemakai tudung labuh, akhlak cemerlang, akademik terbilang, sahsiah terjaga. Dengan mudah saya simpulkan bahawa si pemakai tudung labuh ini sangat hebat orangnya.


Lambakan fesyen kini

[Appreciation]



Perkembangan fesyen semakin pesat dari sehari ke sehari, ada sahaja fesyen baru di pasaran. Lambakan pelbagai jenis tudung terkadang mengusik jiwa juga. Cuma, satu pesanan, bergaya itu boleh, tidak salah, Islam juga suka kepada keindahan dan kecantikan, bergayalah dengan ilmu. Ilmu yang kita pelajari harus diamalkan. Bukan hanya setakat TAHU, tapi berusahalah untuk mencetus MAHU mengamalkan ilmu di dada. Labuhkan sepertimana yang telah Allah perintahkan.




Jangan menganggap mereka ni kolot, tidak tahu berfesyen etc. etc. Jangan kata macam-macam dekat si pemakai tudung labuh. Ya, tudung labuh adalah bergantung kepada pemilihan hati bukan paksaan. Ingatlah, berkemungkinan perempuan yang kamu hina-hina, ejek-ejek itu lebih baik dari kamu.Tidak semua manusia mampu untuk menyarungkan tudung labuh ini, saya juga pada awalnya agak keberatan untuk memakainya, kerana pada masa itu, saya masih tidak mampu mengerti apa erti 'tudung labuh' sebenarnya. 


Firman Allah:


"Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci) suatu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina." (Al- Hujurat: 11)








Jadi, jika ada yang berkeinginan nak pakai tudung labuh, teruskan niat baik anda. Jangan bertangguh, dan paling penting jangan dengar cakap-cakap negative orang. Sudah lumrah manusia, tidak sukakan perubahan baik orang lain. Dilable macam-macam. Perubahan jahat, disorak-sorai, ditepuk tangan. Manusia lebih senang mendengar keburukan orang lain berbanding kebaikan seseorang. Sebab tu berlaku kes dengki mendengki, fitnah-menfitnah, semuanya berpunca dari hati yang tidak sihat. Hati yang terlalu banyak titik hitam. Sangat berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.




Kepada pemakai tudung labuh, istiqamahlah dalam pemakaian ‘perlindungan ini’. Tidak semua manusia terpilih oleh Allah untuk menyarungkan tudung labuh, tidak semua manusia punya kekuatan seperti kamu,dan tidak semua manusia setabah kamu untuk terus menyarungkan tudung labuh yang kadang orang pandang sangat kolot.

0 komentar:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More