Dalam Pandangan-ku
Terang Berderang Cahaya
Di Atas Sejadah Cinta ini
Tangisan sanubari pun telah terhenti
Kala suram surya memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi dzikir kasih yang suci.
Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk ILLAHI
Menggengam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara, hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya....
Kau kusanjung karena Perjuangan.. pengorbananmu
Bagai putri di khayangan
Ketika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati... Tenangkan Jiwa...
Di atas Sejadah Cinta
=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
Sebuah Puisi indah dari ana, untukmu ya ukhti Fillah...
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang Sedang Galau...
--------------------------------
=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas or tag semuanya milik bersama..
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang baik ✩ B uang yang buruk ✩ C iptakan yang baru
Salam Da'wah wa Salam Ukhuwah Keep Istiqomah wa HAMASAH Barakallahufiikum.semoga bermanfaat Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
hati... relakanlah segala derita ini tempuhilah segala onak ini andai kau yakini kan bersatu hati... ...sungguh pun aku tewas kerena engkaulah aku masih bertahan kau bisikkan padaku... inilah kebahagiaanku inilah kehidupanku inilah jua perjuanganku kau sematkan kesabaran kau kukuhkan keimanan tatkala jiwaku dilanda kehampaan hati... yakinkanlah cinta ini utk dimiliki walau jasad ku tiada abadi harumnya tetap hakiki.
ya ALLAH ya RABB.. walau seberat mane pn UJIAN yg hendak kau beri, aku mohon pertolongan dr mu untuk kau kuat kn imanku, sabarkn hati ku... kerana aku tahu UJIAN yg dtg hanya untuk menguji ...dan balasan atas DOSA2 yg pernah aku lakukan dulu.. jika mmg salah ku, aku bersujud pd mu memohon keampunan, cuma jgn kau beri balasan itu pd ank2 ku atas kjahilan diri ku, kerana mereka tdk brsalah.... mungkin dulu aku terlalu mncintainya sehingga aku lupa akan kau pmilik nyawaku, tapi kini aku sedar.. kau telah mmbuka mata hati ku bahawa die x selamanya milik ku, kau yg maha kekal.. ya ALLAH ya RABB.. kau berikan lah pngajaran pd MEREKA2 yg MENGANIAYA DAN MNZALIMI KU, kerana sesungguhnya aku tiada tmpt mngadu, hanya pd mu.. KERANA HANYA KAU MAHA MENGETAHUI APA YG ADA D DLM HATI KU... amin...
DOA UTK MNDAPAT SUAMI YG SOLEH INSYAALAH ;) Bismillahirrahmanirrahim..allahumma sa'khirli zaujan solihan, yakhtibuni wayatazau wajubi, wayakunu sahibanli, fiddunya waljannah.. ...(YA ALLAH,KAU KURNIAKNLAH AKU SORG SUAMI YG SOLEH,YG MMPU MMBIMBING KLUARGA KAMI MNUJU JANNAHMU.KAU LNDUNGILAH DIA SBAIK2NYA.KPD MU JUA AKU BSERH DN KPD MU AKU MMOHON PTUNJUK DN KEREDHAAN..AMIN YARABBAL ALAMIN)
“Wah, anta dah jadi ‘Ustaz Cinta’ sekarang ini ya”, sampuk teman saya tatkala melihat poster Seminar Manual Cinta Haraki di Ipoh baru-baru ini.
Saya tersenyum.
Agak janggal dan kekok dengan title ‘Ustaz Cinta’, apatah lagi melihat banner dan bunting wajah saya seiringan dengan kalimah ‘Cinta’ di tepi-tepi jalan.
PASCA AKU TERIMA NIKAHNYA
Semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, saya semakin dikaitkan dengan title ‘Ustaz Cinta’. Nyatanya gelaran itu tidak pernah ada di dalam bayangan dan perancangan hidup saya. Apatah lagi saya mula bercinta pada usia yang agak lewat berbanding biasa. Hanya setelah berjabat tangan di majlis nikah, cinta saya bermula. Lewat lima malah mungkin sepuluh tahun berbanding amalan biasa hari ini.
Buku Aku Terima Nikahnya itu bukan buku cinta. Ia buku tentang kehidupan. Tetapi cinta adalah manfaat dari menghayati makna kehidupan. Cinta dijadikan tema buku ini kerana kita sentiasa duduk dalam lingkungannya. Lingkungan cinta, antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, malah hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW juga diungkap sebagai cinta. Semua itu digarap di dalam buku Aku Terima Nikahnya, bahawa ia memaksudkan sebuah kehidupan.
“Saya ada masalah dengan suami saya”, kata seorang penghantar email.
“Kami mahu bertunang, tetapi itu pun ibu bapa kami halang. Macam mana ustaz?”, rungut seorang lagi.
“Tunang saya kata, dia memang bercita-cita semenjak di Tingkatan Lima lagi mahu berpoligami. Pening kepala saya ustaz!”, luah satu lagi email yang saya terima.
Ya, semenjak penerbitan buku AKU TERIMA NIKAHNYA, kotak email saya dihujani sekurang-kurangnya dua atau tiga email sehari, khusus bertanya tentang cinta. Hingga saya tenggelam punca dan memperuntukkan sekali sebulan untuk membalas…andai ada upaya.
KESAN YANG MEMEDIHKAN
Penangan buku AKU TERIMA NIKAHNYA juga menyebabkan saya dan isteri terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan. Paling utama, saya berasa sungguh tidak selesa apabila berjalan di kedai, dan kemudian disapa oleh seorang perempuan. Peminat katanya.
Lebih memburukkan keadaan, apabila saya perkenalkan Ummu Saif di sebelah saya, ‘peminat’ itu sekadar senyum dan kembali mahu berbicara dengan saya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa, “saya peminat Abu Saif, bukan Ummu Saif”.
Beberapa kali kejadian seumpama ini berlaku, ia benar-benar menjadi tamparan kepada saya dan isteri. Syukurlah dengan persefahaman yang ada, saya dan Ummu Saif selalu belajar berterus terang meluahkan apa yang terbuku di hati, agar tiada jarum patah yang tersimpan di dalam peti. Sikap sedemikian bukan sahaja tidak adil kepada Ummu Saif dan melukakan hatinya sebagai insan paling utama dalam hidup saya, malah tidak layak dengan nilai ‘malu’ yang seharusnya menjadi perhiasan kaum muslimah.
Terkini, seorang pengunjung menawarkan dirinya menjadi isteri kedua saya melalui shoutbox! Agama apakah yang adab susilanya untuk seorang perempuan berkelakuan begitu?
Justeru saya akur, bahawa cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.
Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini. Lantas mungkin kerana itu, sekali saya menulis tentang cinta, saya terperangkap di dalamnya hingga terpaksa memikul stem di dahi sebagai ‘Ustaz Cinta’.
KE INDONESIA
Bila bercakap tentang Islam dan cinta, kita tidak dapat lari dari menjenguk literature berkaitan dari negara jiran sebelah. Indonesia jauh terkehadapan dalam menggarap isu Islam dan cinta melalui penghasilan buku, novel, drama, filem, lagu dan nyatakan apa sahaja.
Tetapi ada yang satu ini menambat hati saya.
Sekira-kiranya saya mahu menumpang bahu, mencari model dari negara seberang untuk check and balance saya yang dihadapkan dengan label ‘Ustaz Cinta’ ini. Syukur, kerana saya bertemu dengan seorang tokoh yang nampaknya menghampar dan melalui jalan yang banyak persamaan dengan saya, biar pun senioriti dan kedudukannya di dalam masyarakat amat jauh berbeza dari saya.
Bukan calang-calang orang kerana Ustadz Cahyadi adalah salah seorang daripada anggota Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS). Tetapi beliau seorang yang sangat prolifik khususnya di dalam menghasilkan makalah dan buku. Tulisannya pelbagai khususnya membabitkan soal peraturan dakwah harakiyyah dan yang berkaitan dengannya.
Namun akhirnya, beliau makin terserlah dengan buku-buku, makalah dan ceramah yang berkaitan dengan CINTA.
Saya sempat membaca tentang beliau dan memasang azam untuk bertemu dengannya ketika saya ke Yogyakarta baru-baru ini. Malang sedikit, kunjungan saya ke kantor PKS Daerah Istimewa Yogyakarta yang telah diatur lebih awal, tidak mendapat izin dari Allah untuk menemukan saya dengan Ustadz Cahyadi Takariawan. Beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di luar kota Jogja.
Namun saya tetap bersyukur malah gembira sekali berpeluang bertemu, berbincang dan berwacana dengan rakan-rakan aktivis PKS Yogyakarta yang lain. Mereka itu kaya dengan pengalaman dan buah fikiran. Perbincangan kami banyak membantu memahamkan gerak kerja amal Islami di kedua-dua negara yang satu cita-cita ini.
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH
Buku Ustadz Cahyadi Takariawan yang saya kira paling menarik berkaitan dengan cinta, malah seakan-akan buku AKU TERIMA NIKAHNYA versi Indonesia, ialah buku DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.
Buku setebal 223 mukasurat ini sangat kaya dengan saranan, pesanan dan panduan berkaitan cinta dan perkahwinan, khususnya di kalangan aktivis dakwah. Bahasanya ringan dan santai, banyak diselang selikan dengan cerita untuk menyuntik unsur realiti di sisi teori dan ringkasnya, saya jatuh hati dengan keunikan buku ini. Terima kasih kepada rakan IMAN di Bandung yang telah menghadiahkan saya buku ini.
BUKU KONTROVERSI
Akan tetapi, buku yang saya cari-cari namun sukar sekali menemuinya adalah sebuah buku yang telah menggegarkan Indonesia dengan skala yang sama dengan kisah poligami Aa Gym. Buku yang saya maksudkan itu adalah buku Ustadz Cahyadi Takariawan bertajuk BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI!
Ya, membaca tajuknya sudah memberi indikasi yang jelas kepada kita. Ustadz Cahyadi tidak enak dengan POLIGAMI.
Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.
Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.
Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.
Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.
Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.
Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.
SALAH GUNA POLIGAMI
Saya hanya mampu mengangguk.
Di satu sudut, poligami itu boleh menjadi sesuatu yang negatif apabila disalah guna. Seorang suami yang meletakkan poligami sebagai satu option yang sedia diguna pakainya pada bila-bila masa, tidak akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang berlaku di antara dirinya dengan isteri yang ada. Cepat sahaja pergi kepada quick fix yang ada iaitu dengan berpoligami. Seandainya masalah yang dihadapinya itu berpunca dari diri sang suami, maka beliau bukan menyelesaikan masalah dengan poligami, sebaliknya mencambahkannya pula.
Pandangan-pandangan Ustadz Cahyadi Takariawan ini sangat meributkan keadaan hingga timbul usul untuk mengharamkan buku ini malah memecatnya dari PKS! Walhal buku itu sendiri telah dihias dengan kata-kata aluan isteri pertama presiden PKS iaitu Sri Rahayu Tifatul Sembiring. Dalam erti kata yang lain, buku ini tidak bermaksud mahu melukakan hati mana-mana lelaki atau perempuan yang terlibat di dalam poligami. Tetapi Ustadz Cahyadi mahu menganalisa dan membetulkan persepsi-persepsi yang salah tentang poligami. Ketika mana poligami itu disyaratkan dengan ‘BERLAKU ADIL’, itu jugalah syarat yang paling kerap terabai hingga ramai sekali perempuan dan anak-anak yang menjadi mangsa poligami yang tidak cukup syarat ini.
Bagi seorang lelaki bertaraf Nabi, yang banyak diberi kelebihan oleh Allah, sudah cukup payah untuk mengelola perasaan dan menghadapi isteri-isterinya Baginda. Apalagi untuk lelaki biasa. Ustadz Cahyadi pun membuat konklusi bahawa, “karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).
MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI
Tatkala poligami itu menjadi kebiasaan dalam amalan warga aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi ketika ditanya mengapa beliau tidak berpoligami, telah menjawab:
”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’ ‘
Teringat saya kepada cerita arwah abah tentang Nyang (moyang saya) yang berpoligami. Kerana mahu berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Nyang terus meminta dirinya dihantar ke rumah setiap isterinya mengikut giliran biar pun beliau ketika itu sudah amat uzur. Akhirnya Nyang menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas kereta kuda di tengah-tengah perjalanan di antara rumah kedua-dua isteri beliau dan disempurnakan jenazahnya di kawasan berkenaan.
Mampukah saya seadil itu?
Saya tidak perlu menjawabnya kerana SAYA SUDAH BAHAGIA DAN SEMPURNA DENGAN SATU ISTERI.
niscaya matinya tetap kan ditutup kafan bak jilbab
tabahkan hatimu…
kuatkan imanmu…
jadikan jilbabmu lambang dari pakaian ketaqwaanmu
tuk menghadap Ilahi rabbi
sebagai bukti tunduk patuhmu… Ya Allah kuatkanlah kaum Muslimah kami dalam mengamalkan perintahMu Ya Allah kuatkan kami untuk mendampingi mereka Ya allah jadikan pakaian mereka sebabagai penegur hati mereka amiin. kehangatan seorang muslimah sejati… Saat ku lelah.. Mengais setiap asa dan harapan.. Ku temukan ketidak pastian..
Saat ku letih.. Mengejar ribuan mimpi-mimpi dan cita-cita.. Tp yg ku peroleh d genggaman tak sesuai keinginan..
Saat ku terseok, berpeluh.. Mendaki setiap keinginan.. Tp ku sadari aq msh bpijak d bumi..
Kembali ku kecewa..
Begitu bnyk permintaan.. Begitu bnyk harapan.. Juga bgt bnyk kekecewaan^^..
Smuanya ku gantungkan padaMu, bharap Kau memberi smua y ku pinta.. Menanti smua asa Kau jadikan nyata..
Saat Kau memberix smua yg tak ku pinta.. Ingin ku marah, menuntut, dan menghujat padaMu..
Namun, aku tak bisa.. Aku hanya bisa terdiam^, terpekur dan merenungi semua..
Dan ku dapatkan..
Hingga nafasku saat ini, semua telah Kau atur dgn demikian sempurna.. Hingga detak jantungku saat ini, smua y Kau beri adalah y terbaik dr smua pilihan yg ada. Hingga desiran darahku saat ini, smua langkahku bgt Kau jaga.. Dan hingga setiap detik yg ku lalui kini, Kau senantiasa mengarahkanku k arah yg terindah..
Jalan menuju suatu titik yg jauh lebih indah, jauh lebih manis dr semua yg ku pinta..
Kini ku sadari.. Kau tak memberi apa yg ku pinta, tapi Kau selalu memberi apa yg aku butuhkan..
Rabbana.. Tahukah Kau, betapa cinta dan sayangku padaMu selalu dan akan selalu bertambah..
Dan aku pun tahu, kasih dan RahmatMu padaku membumbung, melangit luasnya..
Karena ku tahu, bahwa terkadang Kau mengabulkan permohonanku dgn tidak memberikan apa y ku pinta.. Karena Kau tahu setiap petaka y tersembunyi d balik keinginanku..