Wednesday, February 13, 2013

saya sayang anda,,!


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..
Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI
Sahabat yang solehah
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata
Sahabat yang solehah
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan
Sahabat yang solehah
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa
Sahabat yang solehah
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu


Ketahuilah
Sahabat yang solehah sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi
Sahabat yang solehah
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara
Sahabat yang solehah
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan
Sahabat yang solehah
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan
Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kt bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Sahabat yang solehah
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehahmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah
Sahabat yang solehah
Cintailah sahabatmu ini hanya kerana Allah
Kelak Halawatul Iman dapat kau nikmati 
Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga 
Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri
Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)
*nota hati:, saya sayang anda ,,:') maafkan saya sebab tiada mampu jd sahabat yg terbaik untuk anda..:'(

I beg to you Ya Rabb..


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sulit berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sulit untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat & nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah & sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa & jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
I beg to you Ya Rabb..
Please heal my heart..

"Dosa yang membuatkan kamu menyesal & bertaubat kembali padaNya lebih disukai Allah daripada kebaikan yang kamu buat tetapi menjadikan kamu bermegah-megah dengan kebaikan itu."
(Ali bin Abi Thalib RA)

Dia sangat SWEET ! SUBHANALLAH.:')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

"Is your heart filled with something else,
that you leave no space for Allah?
Where is Allah in your heart?

Allah SWT berfirman:
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu & agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat ma'ruf & mencegah dari yang mungkar & yang memelihara hukum-hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."
(At-Taubah, 9: 112)
Pernah KAH kita terfikir. Saat bila kita mula berkenalan dengan Allah?
Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata,
kita lahir ke dunia ini mestilah terus kenal Allah.
Umur 5 tahun sudah di ajar Iqra'.
Umur 6 tahun di ajar solat.
Umur 8 tahun mula puasa penuh.
Jadi, sudah lama la kita kenal Allah ini. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana?
Apa sifat-sifat Allah? Yang ada 20 tu.
Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu belum tentu semua orang ingat.
Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu.
Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar mahu tahu.
Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa.
Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika.
Tak sedar ke Allah tu sentiasa ada?
Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009
Haa? tahun lepas?
Ye! tahun lepas...
Habis tu, selama ini tak kenal Allah?
Bukan tak kenal.
Kenal, tapi tak cukup kenal.
Jadi, buat-buat kenal saja..
1 tahun itu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin sudah boleh jalan.
Tapi berkata, lambat lagi. Macam itu la tempoh masa perkenalan saya & Dia. Cukup pendek.
Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti & yakin tentang Dia.
Allah ini kan... TERLALU sangat SWEET subhanalloh!
Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup yang terlalu setia setanding Dia..
Tidak akan pernah ada..
Dia Pemberi Kekuatan..
Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi.
Menemani diri tatkala keseorangan,
menemani diri tatkala kesedihan,
menemani diri tatkala kegelisahan,
menemani diri tatkala kesepian.
Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia selalu ada disamping saya..
Selalu ada & tidak pernah sama sekali Dia tinggalkan saya sendirian..
Dalam 'surat cinta-Nya'.
Dia berfirman:
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit & bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung & penolong selain Allah."
(Al-Baqarah, 2: 107).
Dia Peneman Bicara..
Banyak yang terpendam di lubuk hati.
Terkadang terasa ingin meluahkan pada seseorang.
Tapi, ragu-ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian.
Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Dan terkadang, malu mengatasi segalanya.
Tapi pada Dia, saya tak malu inginbercerita. Semua sekali & tiada yang tertinggal!
Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata tak mengapa.
Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat.
Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Subhanallah! Allah tu terlalu sweet kan!
Allah berfirman lagi dalam 'surat cinta-Nya':
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran, 3: 29).
Dia yang Kaya Raya..
Selalukan kalau kita dengar cerita atau melihat kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear, kado hadiah yang lucu cantik-cantik, bunga, baju, sepatu,tas & macam-macam lagi!
Saya pun tak pernah dapat hadiah macam itu dari lelaki. Kesian kann..?
Banyak! lepas itu semua orang mula la puji.
"Eh, bagus yah bf kau. Sweetnya yah!"
Cukup sweet kan? Kalau yang bf itu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja mahu belanja kita, mesti akan ada ketika masanya kita harus juga guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter mahu keluar. Still! Duit kita akan kurang juga yah kan. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 rupiah pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 rupiah sudah tak laku. Jadi, 5 rupiah yah).
Tak cukup sangat sweet itu sebab kan saya dah kata yang Dia lagi SWEET!
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia.
Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ini, semua Dia yang bagi.
Segala-galanya & tiada yang terkecuali. Amacam? Hebat kan Dia? 
Ada  manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Kadang-kadang, apa yang saya idamkan itu, hanya terdetik di hati & saya tak bersuara dengan Dia pun untuk tunaikan hajat saya.
Tapi kannn? Dia tahu apa yang saya idam-idamkan, cita-citakan.
Dia bagi!
Alhamdulillah! Betapa sweetnye Allah tiada siapa yang mampu menandinginya..
sweet kan dia.. ALLAHHUROBBI
Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua Ini pada saya directly.
INGIN tambahkan sweetness Itu, Dia bagi melalui medium & wasilah lain.
Daripada UMMI,abah, daripada sponsor saya & lain-lain.
Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan & malu sebab saya tak ada apa-apa pun mahu bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya.
Subahanallah! Sweetkan Allah??
Dalam surat 'cinta-Nya',
Dia berfirman lagi:
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran & penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus, 10: 31)

Dia yang Pemaaf..
Manusia ini susah mahu mengaku salah. Paling teruk, susah mahu meminta maaf.
Dengan Dia, saya ada terlalu banyak kisah tentang kesalahan, kekhilafan, kesilapan & keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah sekarang sudah banyak kali sudah saya sakitkan hati Dia.
Dia kata jangan buat, saya buat juga. Apa yang Dia suruh buat, saya tak mahu buat.
Degil macam kata dia! Kalau dengan manusia, sudah lama sudah saya patut dapat marah.
Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya.
Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia.
Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Ada yang mampu sabar setanding dengan Dia maksud saya (ALLAHUROBBI)??
Tapi bila sudah tahu, bila sudah kenal, terkadang tu tetap juga saya ulang balik kesalahan yang lalu.
Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf dengan Dia balik.
Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong...
Dia PASTI akan tetap maafkan saya.
Subhanallah, Dia terlalu Sweettt!
Dia berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar, 39: 53).
Dia Pemberi Ketenangan..
Keluh kesah. Resah gelisah. Gundah gulana.
Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya.
Bila mahu exam,bila ada masalah dgnn sahabat,masalah dgn family,,semua lah..
"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah.
Kalau dengar saja suara dia,
hati aku mesti tenang."
Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ini lain. Dia orang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ini, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak.
Bila cas yang berlainan baru saling menarik." Errmm??
Tapi, bila marahan...
"Benci betul la aku dengan dia ini!
Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pula yang merajuk marahan...
suDah la!."

A'ah, tenang SAJA.
Paling tak baik, bila perempuan yang marah, si lelaki Ini pun ikut merajuk marahan sekali YAH.
Aduyaii, bukannya mahu pujuk. Perempuan pula yang haruskan pujuk balik.
Come on la Bro! Tak sweet punnn!
Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ini.(macam layan-layan saja tarik-tarik.. isss...
Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat.
Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Subhanallah!
Siapa yang mampu tandingi kehebatan si Dia? Tiada sama sekali!
Dalam 'surat cinta' itu lagi,
Dia ada berfirman:
"(yaitu) orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd, 13: 28).
Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Juga!
Allah ini sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi itulah.
suDah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa. Aku selalu sangat lupa..

Dia berfirman lagi:
"Mereka (yang disembah itu) menjawab,
Mahasuci Engkau, tidaklah pantas bagi kami mengambil pelindung selain Engkau, tetapi Engkau telah memberi mereka & nenek moyang mereka kenikmatan hidup, sehingga mereka melupakan peringatan;
dan mereka kaum yang binasa."
(Al-Furqan, 25: 18)
Ada ketika saya buat tak tahu je dengan Dia. Dia sentiasa ada di sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap juga bagi saya macam-macam nikmat. Saya pula tak berterima kasih pun pada Dia. Sebab bila saya terlalu leka dengan apa yang saya milik,
saya lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu walaupun saya tak pernah minta pun.
Teruk kan saya? =(
Tapi, Dia sangat sweet...
Dia pun rindu saya juga. Dia mahu saya ingat dengan Dia. Dia mahu saya sebut nama Dia.
Dia mahu saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Terima itu jugak Dia boleh bagi.
Tapi ada yang Dia hold on dulu. Sebab Dia mahu saya dapat yang lagi BEST! Lagi  TERBAAIK!
Dalam 'surat cinta' itu,
Dia ada berfirman:
"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2: 216).
Jadi, bila Dia SUdah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan mahu susahkan saya.
Tapi sebab Dia mahu tahu, betul apakah saya cintakan Dia? bibir kata cinta, tapi di hati macam mana?
Dan paling penting, Dia ingin saya ingat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu saya.
Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis!
Tapi, bila macam ini, satu kata yang pasti saya sebut.
Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut...
Ya Allah!Allahuakbar!
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai...
Dia berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."
(Al-Baqarah, 2: 152)
Dia Pendamping Abadi..
Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya.
Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba..Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Semua orang ingin yang terbaik untuk kebahagian dunia & akhirat. Saya juga! Dan Dia tahu saya mahu kan yang terbaik.Tetapi, Saya tidak dambakan kesempurnaan yang hakiki pada dirinya sebab saya pun tidak sempurna & penuh dengan kekurangan. Cukuplah kami terus & terus berusaha untuk tampak sempurna di mata-Mu,
Ya Rabbi Ya Mujiib Ialhi..
Yang penting, saya kenalah berusaha dulu dari sekarang untuk berada dikalangan mereka yang solehah. Moga Allah kurniakan saya cinta yang mampu menjadi pendayung yang boleh membawa saya kepada cinta yang Hakiki iaitu, cinta Ilahi yang abadi hingga ke syurga..
Hanya doa saya kepada-Nya yang menjadi wasilah dalam mencari secebis kekuatan untuk memelihara saya & juga dirinya dari ujian & mehnah di usia alam keremajaan ini. Aamiin Ya Rabb!
Dia berfirman:
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik & laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur, 24: 26)

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat.
Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
dan sudah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan anda takkan pernah sedar yang Allah itu sweet!
Thank you Allah!
Dia berfirman lagi:
"Allah tidak akan menyiksamu,
jika kamu bersyukur & beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."
(An-Nisa', 4: 147)
Allah SWT berfirman:
"..Dan sungguh, negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?
(Yusuf, 12: 109)
Jika kau mahu hati sentiasa hidup & tidak kesepian dikala keseorangan,
cintailah & bergantunglah pada yang tidak akan pernah mati, Allah :')

khas utk yg bercinta


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Entry kali ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan & kepada mereka yang baru MAHU berkenalan

Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti negative seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk & hiburan. Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia. Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s
Sesungguhya iblis pernah bersumpah :
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)
Iblis menjawab, "kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)

MEMANDANG seseorang terutama yang disayangi, sangat sukar di tahan.
Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan seseorang.
Jarang nikmat penglihatan ini digunakan sebaiknya. Astaghfirullah
SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta & kasih sayang . Tetapi, apabila seseorang mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa. Astaghfirullah

BERSOLEK & BERHIAS menyerlahkan seri serta kecantikan.
Ramai yang akan memuji wajah, rambut & susuk tubuh yang menarik. Suruhan Allah agar menutup aurat mengikut syariat yang telah digariskan tidak mampu ditunaikan. Astaghfirullah
HARUMAN yang digunakan sering membuat orang lelaki berasa senang untuk bersama.
Alangkah bangganya apabila mereka terpesona & tergoda. Astaghfirullah
DUDUK berdua-duaan bagi sesetengah mereka yang sedang bercinta apa salahnya selagi mereka tidak melakukan zina. Sesekali mereka perlukan privacy.
Lagi pun mereka kata, bukannya buat apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar ditepis. Percayalah sahabatku.
HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan bagi mereka yang sedang kesunyian & kesepian.
Tanpanya terasa kosong dunia ini. Selalu bersama kawan-kawan lelaki & perempuan ke pesta, wayang atau konsert. Masa banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat & kadang-kadang sukar mengawal batas-batas pergaulan. Astaghfirullah
JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )
Kita kena ingat
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH
Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

Persahabatan... :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


KECINTAAN
 adalam elemen yang penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan mudah rapuh apabila tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kepada sahabat dengan mengungkap, 'uhibbbuka/i fillah' (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) supaya mereka tahu betapa cintanya kita pada mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG
 lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, apabila mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kepada mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita, itu sudah cukup membuktikan kita sayang mereka.
KEIKHLASAN
 dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat ataupun harta yang dimilikinya.
KESETIAAN 
kepada seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia, kita diingati oleh mereka hingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah ataupun senang, kita sedia berada di sisinya memberi sokongan.
KEBERANIAN 
dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita mesti berani apabila mahu mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita perlu berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita kerana sebagai sahabat kita mahukan yang terbaik untuk mereka, bukan?
KEJUJURAN 
juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu ataupun menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN 
Apabila sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah memaafkannya. Tidak kira sebesar mana pun kesalahan mereka pada kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya. Sekiranya kita yang bersalah, janganlah malu meminta maaf kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
KESEDIHAN 
Apabila kita sedar sahabat kita sedang bersedih, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita bagi dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN 
Begitu juga dengan kegembiraan. Sekiranya kita gembira, mari berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN 
di sini bukanlah bermaksud, "Awak cantik, saya mesti cantik," "Awak kaya, saya pun perlu kaya." Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.





PESANAN BUAT DIA YANG AKU GELAR SAHABAT :)


— pesanan buat dia yang aku gelar sahabat :)
pencintabahagia:

Tuhan. jagakan sahabatku.

Ya Rabbi..
aku bersyukur kehadrat Mu..
dikurniakan wanita wanita solehah sekeliling ku..
yang menyintai dan mengasihi ku..
serta menyayangi aku..
seadanya aku..
Ya Rahman..
kasihlah mereka..
pelihara lah meraka..
sesungguhnya ..
aku juga akan mencuba..
menjaga persahabatan ini.. 
selama lama nya..
dengan izin Mu Ya Rabbi..
Hasrat ingin ke Jannah Mu..
takkan aku berjihad sendirian..
ingin sekali ku bawa semua yang mengasihi ku..
di kiri kanan ku..
di hadapan dan belakang ku..
bersama sama menempuhi..
membawa bekalan..
menuju hari Pengadilan..
sebelum bertemu dengan Mu..
wahai sahabat sahabat  yang tercinta..
setiap teguran, setiap perlakuan..
bersebab..
aku menyintai kalian kerana Illahi..
dia yang memberi rasa ini..
pertemuan kita, perpisahan kita kerana Nya..
semoga persahabatan kita kekal abadi Selama Nya.
Lillahi Taala :')
Jazakillahukhairan for all the moment,
for all the assist, the tears, the happiness..
i enjoy my life, with you guys..
semua yg bergelar ukhti kesayangan ku..
tak terlepas walau satu pon.. hati ni merindui kalian sayang. :')
semoga aku di beri kesempatan utk bertemu kalian..
semoga di panjang kan umur utk itu..
marilah kita berjuang bersama sama
menempuh dunia fana yang sementara ni..
mengejar sesuatu yg lebih hakiki...
uhibbuki fillah fin Jannah :')

*Post ini untuk semua yang mengenali diri ini... terutamanya ukhti Syahidah, ukhti Liana, ukhti Maimunah, juga buat ukhti Amirah,  DAN,adek-adek TWITTER & FACEBOOK yang kenal, dan ada rapat dengan saya..:)

Rindu!!


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Pernah tidak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tidak anda merasai?




Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan meja study anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.

Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.



Tapi sayang sekali..
Seandainya rasa rindu itu, terbazir pada orang yang tidak sepatutnya.
Merindui lelaki ajnabi yang statusnya entah dimana di hati kita.
Merindui wanita ajnabi, yang dirinya belum tentu halal buat kita.

Alangkah ruginya.. Andai rindu itu tersemai di celah-celah maksiat?

Ya, terlalu rugi.

Rindu seorang anak kepada ibunya, boleh jadi pahala.
RIndu seorang anak kepada ayahnya juga boleh jadi pahala.
Rindu seorang adik kepada abang/kakaknya pun pahala.
RIndu seorang kakak/abang kepada adiknya juga dinilai pahala.
RIndu seorang isteri kepada suami atau sebaliknya berganda-ganda pahala.


Tapi kita juga rugi, andai kita terlupa satu rindu yang membuah pahala yang besar.


Iaitu rindu pada kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.
Pernah atau tidak hati ini, yang mana dianugerahkan dengan rasa rindu, terdetik merindui Rasulullah?



Andai belum, rugilah hati itu.

Hebat sekali orang yang boleh merindui Rasulullah. Tidak pernah bersua wajah mahupun bertemu kata, SMS,CALL,YM pun jauh sekali. Namun rindu buat baginda Rasulillah tetap membuah. Lebat dan masak ranum. Ya, terlalu rindu. Malah manifestasi kerinduan itu bukan biasa, tetapi terlalu luar biasa.
Meskipun dekat, tapi terasa jauh.
Rindu seorang kekasih kepada kekasihnya boleh menjadikan dia seorang komposer, penyanyi, penyair...
Tapi rindu seorang ummat kepada Rasulnya, bukan sekadar itu. Malah boleh menjadikannya seorang yang soleh dan bertaqwa. Kerana apa? Kerana rindu itu manifestasinya berpegang dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulillah dan menolak al-hawa'.

Masya Allah. Hebatnya kuasa rindu.

Ada lagi yang hebat.

Ya, anda betul.

Rindu seorang hamba kepada Penciptanya.




Jauh dipisahkan oleh dosa dan maksiat.
Jauh dipisahkan oleh noda dan kelalaian.

Sesekali hati terdetik rindu pada Sang Pencipta.

"Ya Allah, Engkau dekat denganku, tapi aku merasakan aku terlalu jauh denganMu. Aku merinduiMu Ya Allah. Merindui berada erat dalam dakapan kasihMu.."

Hebat. Rindu pada Sang Pencipta. Manifestasinya juga terlalu luar biasa.
Bibir tidak hendak memohon keampunan pada semua kesalahan. Hati tidak henti memohon doa agar didekatkan dengan Tuhan.




Ya, itulah manifestasi rindu.
Ditambah pula dengan alunan Kalamullah sebagai perisai.

HEBAT! Ya, terlalu hebat..

Alangkah ruginya andai hati ini tidak pernah merasa rindu pada susuk indah Rasulillah dan zat mulia Rabbul Izzati.

Terlalu rugi.
Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Ya, tidak tergolong.




Hati orang yang tidak ada rasa rindu pada Rasulillah dan Rabbul Izzati, mungkin ada sesuatu yang 'kurang' buat hati itu. Perhatikan dan sellidikilah, apa masalahnya.


Ya, perasaan rindu itu indah, bila kena pada tempatnya.

Perasaan rindu itu anugerah, bukan kepada semua. Tetapi kepada yang mencari HAQ dalam kebatilan.

Aku rindu padamu Ya Rasulillah!

Aku rindu padaMu Ya Rabbul Izzati!


Moga rindu ini pelembut hati kami... Ameeeen!



UMMI.. Ratu hatiku. =) abah..raja di hati..:)
Ya Allah, mereka terlalu baik dan istimewa di hatiku. Moga Kau juga istimewa di hati kami, kerana kami mahu menjadi yang istimewa di mataMu.

Wallahu a'lam


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More