Friday, April 20, 2012

SEMUANYA TERPULANG PADA KITA,,:)

Alhamdulillah.. ana bisa berbagi kembali dengan sahabat semua
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita Dalam Da'wah untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin 
___________________________________________

Di dunia moden hari ini,.. PILIHLAH untuk menjadi GADIS BIASA yang bersederhana pada segalanya, cara mahupun gaya ,.. Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,gincu bibir tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian, tanpa gemerincing loceng gelang kaki, tanpa kasut tumit tinggi yang berdetak detak, tanpa tudung singkat yang mendedahkan dada, tanpa selendang jarang yang menampakkan leher jingjangnya, dan tanpa pakaian yang menjolok mata ,...


SUSAH ???
~> memanglah,.. saya tidak kata juga senang,,.. normal saja sih  !! kita kan berjiwa muda, warna-warni menggamit mata,... rasa ingin MENCoBA itu dan ini membara-2, tapi kita harus SEDAR DIRI,.. tanpa semua itu pun, kita (wanita/perempuan) sudah pun menarik PERHATIAN kaum adam,.. kita kena ingat, manusia yang menghuni syurga Allah semuanya hebat-2. Susah nak jadi yang hebat nie, nak kena jaga batas pergaulan, jaga aurat, jaga solat, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga semuanya.!
tapi tapi, macam satu pepatah nieh, BERSUSAH-2 DAHULU, BERSENANG-2 KEMUDIAN,..





~> Itu semua terpulang pada kita untuk membuat pilihan,.. PILIHLAH untuk menjadi seorang GADIS BIASA,.. Biar tidak up to date, biar tidak bergaya, biar tidak dipuji, biar tidak trendy, biar apa orang nak kata, asalkan AGAMA penuh didada  (✿◠‿◠)


Demi Masa

"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN kecuali orang-2 yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan mereka pula saling memberikan PENGAJARAN tentang kebenaran dan kesabaran."
(Surah Al-'Asr : 1-3)

Firman Allah SWT di atas jelas memberi AMARAN pada kita sebagai hamba-Nya, sia-2 sahaja bagi hidup sesiapa yang tidak pernah MEMANFAATKAN masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang BERFAEDAH,! Perlu diingatkan, jangan mempersiakan peluang yang ada ini,! Jadilah MANUSIA/HAMBA yang BIJAK dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang untuk :
1~ MENAMBAH ILMU DUNIA
2~ MENAMBAH ILMU AKHIRAT

Dengan ILMU, seseorang akan dapat menemui KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN HAKIKI,.. Kerana kejayaan itu bukan destinasi,
ia adalah satu PERJALANAN untuk bertemu dengan-Nya. Dengan ILMU juga, kita dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, kita tidak akan terpesong dari landasan-Nya jika kita beramal dengan ILMU yang kita peroleh itu.


>>>Pesanan untuk diri ini dan tak lupa juga kpd SAHABAT-2 :
"Allah mencintai orang-orang yang BERTAQWA tetapi Allah LEBIH MENCINTAI REMAJA yang bertaqwa...."
(Saidina Ali)

kerana DIA..:)




kerana ukhuwah kami bersatu;
kerana akidah kami erat;
kerana SATU tujuan dalam nikmat Islam yang terlalu indah~

Allah~
hati kami kadang-kadang sukar diduga;
hati yang kadang-kadang lesu dalam iman;
hati yang kadang-kadang tumpul kerana tidak diasah;
hati yang kadang-kadang bisa disakiti diri sendiri~

tetapi....

kerana akidah yang terukir dalam nikmat Islam;

telah tersenyum kembali hati-hati yang telah layu itu;
telah ceria hati-hati yang sentiasa inginkan tarbiyah dariNya;
telah banjir hati-hati yang telah kering kontang itu~

~semuanya kerana ingin menyampaikan wangian Islam itu pada manusia~

moga penghubung hati-hati ini akan lebih kuat~! =

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More