Wednesday, February 13, 2013

Isu Aurat – Debat Ustazah vs Gadis Liberal


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Semua orang mahu berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah . Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. 
*Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI..
Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustazah :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ini jahat….?
Ustazah :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat itu….memang jahat lah kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustazah mahu tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak saja sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustazah…..”
Ustazah :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustazah………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustazah pun tahu kan….orang lelaki ini…alim macam mana pun tapi bila tengok orang perempuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustazah :
“ASTAGFIRULLOH….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….saya percaya ustazah….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
UstazAH :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka dan tidak mempunyai rasa MALU YANG BESAR”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustazAH…salah orang perempuan lah yAH kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…direnggut kesuciannya oleh seorang lelaki yang bisa-nya bermain CURANG... JUGA playboy….?”
Ustazah :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya mahu katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” HilALANGNYA-LAH SIFAT MALU seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustazAH …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ini insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustazah :
“Hmmmm…itulah yang tidak betul…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah hubungan yang suci”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustazah…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustazah mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari marah….yang mana lebih baik ustazah……?”
Ustazah :
“Saya faham maksud kamu…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ini… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh yah keah ustazah…..maaflah ustazah… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak perlu pakai tudung labuh jika nantinya pakai sebentar lepas.. sebentar pakai sebentar lagi lepas……GILA orang wanita bertudung macam ini ,,.munafik namanya itu kan ustazah…… tudung bukan permainan kan ustazah.. tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“hihii masyaallah.. iyah ITU JUGA SALAH BILA SEPERTI ITU itu sebabnya awalkan niat yang baik jangan niat mau pakai tudung ikut-ikutan saja.. agar cantik di pandang ikut tudung trend dan model.. jika niatnya macam ini semua yang kamu presepsi tadi akan terjadi bentar pakai.. bentar lepas.. bentar pakai bentar lepas iyah seprti yang kamu bilang tadi tudung di jadikan SEPERTI BENDA PERMAINAN SAJA astagfirulloh.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka yang perangai sebegini. nah sekarang bila tunggu dulu hati bersih bila agaknya itu yah….baru kamu jadi benar-benar baik…..bila sudah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup anda dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti niat awal yang sudah tidak betul…..” Jika kita menyatakan kita harus tunggu sehingga udah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam kamu tidak mahu kahwin hanya kerana mahu tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai lah tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustazah…gerun saya dengar penerangan ustazah ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya itu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustazah…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustazah….maklumlah bukan senang kita mahu mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustazah…kalau dia orang nantinya kutuk saya…mau menangis saya nanti ustazah…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

''DAN CARILAH KAWAN-KAWAN YANG BETUL2 JUGA''
BILA KAWAN ORANG YANG TAK BETUL MESTI BAU KEBURUKANNYA JUGA TERSINGGAP PADA KITA''
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…yA lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustazah…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustazah :
“Insyaallah semoga Allah berikan anda kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya mendoakan…..!!”

Salam maal hijrah ! :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

selamat menyambut maal hijrah sy ucapkan kepada para pembaca :)
ada apa dengan maal hijrah ini?? 
inilah waktunya kita refresh niat dan refresh iman kita..
kita set up niat baru untuk berhijrah menjadi insan yang
 lebih baik dari sebelumnya dan pastikan ia dilaksanakan :)
Buat para da'ie dan diri ini sendiri , renunglah kata-kata Imam Hassan Al-Banna ; 

"perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
Kita akan memerangi manusia dengan senjata KASIH SAYANG."
Anyone who seek ALLAH will surely find HIM..sesungguhnya petunjuk itu di jalan mereka YANG MENCARI....carilah petunjuk dengan ILMU maka akan berkekalanlah keislamanmu..jangan kerana ikutan kamu berhijrah
kurangkan mazmumah,tingkatkan mahmudah
teruslah berjuang dalam memperbaiki diri
mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah..
tegakkan Islam di hatimu,maka tertegaklah Islam di muka bumi ini..insyaallah

Surat Untuk Awak :)
Wednesday, November 14, 2012 • 11:12 PM • 

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

AWAK,ANDA,KAMU.. bla..bla..bla... hihi
hmm...
Waktu kecil-kecil kita dulu, ummi ayah kita mesti suruh kita belajar silat kan, taekwondo kan, senang kata 'martial arts' kan?? Bila kita tanya kenapa, mesti mereka jawab nanti kalau ada orang jahat, boleh kalahkan orang jahat. Kita pun mulalah berangan kita jadi 'power rangers', 'powerpuff girl' dan sebagainya. Mulalah pasang impian ingin jadi superhero, ingin kalahkkan orang jahat. Bila ibu tanya, "besar nanti mahu jadi apa?" Terus jawab dengan penuh semangat, "Saya mahu jadi superman!!"
Tetapi bila umur sudah semakin bertambah, tiba-tiba kita rasa seperti 'no point' belajar segala macam 'martial arts' itu. Sebab sekarang semakin canggih. Orang jahat bawa besar. Barulah kita mahu buka langkah silat, orang jahat angkat saja besar, terus kita buka langkah seribu. Macam kita belajar 'martial arts' itu saja-saja mahu buang duit ummi abi. Rasa tidak itu??
 zaman sekarang ni bukan kehebatan kita dalam 'martial arts' yang dipandang. Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah, menjaga iman, menjaga nafsu itu yang paling penting. Mesti awk tertanya-tanya apa kaitan 'martial arts' dengan iman, nafsu ini semua. Mesti kata orang yang tengah tulis surat ini udah sngt. huhu~
Zaman sekarang ni, kalau kita tak kuat, senang sangat kita mahu terjebak dengan benda merepek-repek itu. Cuba bayangkan, kalau orang itu iman dia macam biskut, mesti dia senang sangat mahu jadi jahat. Sebab itu kita kena pelihara iman kita.
Kalau hubungan kita dengan Allah kuat, iman kita pun jadi kuat, InsyaAllah yang lain pun jadi kuat. Cuba tengok sahabat--sahabat Rasulullah SAW. Hubungan mereka sangat kuat kepada Allah. Jika sebelum islam mereka menentang Rasulullah, tetapi setelah mereka memeluk islam kerana mencari redha Allah, mereka sanggup tinggalkan keluarga, harta demi ikut baginda berhijrah ke Madinah. Tiada satu pun yang menghalang mereka untuk tidak ikut berhijrah.
Tapi sekarang, zaman seakan berubah, seakan dah macam zaman jahiliyah semula. Kalau ada orang itu "Baik in terms of Allah and Rasul", mesti orang pandang pelik pada dia. Jika pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju. Pakai baju jubah di anggap tidak pandai bergaya dan berfesyen 'basi'. Maksudnya sekarang, maksiat itu sangat berleluasa. Tak kisah la di jurang mana pun.
Sehinggakan yang baik itu tampak jadi asing, yang dedah aurat, gaul bebas, zina dan arak jadi perkara biasa. Jadi, apa yang boleh tolong kita nak 'counter' maksiat ni, bukannya 'martial arts' yang berbunga-bunga tu yang penting untuk selamat kita dari bencana akhlak dan iman tu, tetapi hubungan kita dengan Allah dan juga iman kita.
Kalau kita hebat di gelanggang silat, tetapi iman kita macam biskut, tidak berguna. Lagipun Allah tidak pandang pun 'martial arts' kita itu, jadi tak perlulah nak bermegah-megah dengan 'martial arts' tersebut.
Saya tahu mesti kamu kata, "susah la mahu jaga iman! Iman ini kan senipis kulit bawang. Senang saja mahu terkoyak." Saya sudah agaknya anda akan petik kata-kata itu. Tidak mengapa, kita semua tidak sempurna. Kita semua memang tidak boleh jadi sempurna, tetapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.
"Perfection is impossible but effort to be a better is possible."
Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang saya juga tersilap. Tapi jika kita sedar kita sudah tersilap, teruslah cepat-cepat bertaubat. Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa. Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan dosa.
So, lets be a better person together! Ingatlah anda, sekarang ini bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
Saya rasa setakat ini dahulu surat saya untuk anda. Saya tulis surat ini sebab saya mahu masuk Jannah dengan anda. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.

kadang-kadang :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Usia ini singkat.
Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian & keasyikan
(Anonymous)
Pernah jumpa situasi ini?
“Ish bukannya dia mahu senyum. Sombongnya dia.. iss!!
· Kita selalu mengharapkan orang senyum kita dulu kan? lepas itu tension sendiri. Kenapa kita mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang di atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecil-kecil pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk :D


· Kalau benar kita melakukan demi redha & cinta lahi, lepas senyum baling tomato dengan petola juga, kita tak kisah kan.  insyaAllah ;D
Let’s do it for the sake of Allah ..

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang & malam, bagai suami & isteri, bagai guru & murid, bagai pensil & kertas, bagai nasi & lauk~

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata saja ~

Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat & dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna & suci dari orang lain? Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang anda pakai, kopiah yang anda sarung, serban yang anda lilit, stokin stongan yang anda kenakan sampai orang lain anda pandang enteng. Sesekali jangan! Anda sebenarnya sedang diuji bila anda merasa bangga & selesa dengan keadaan itu. Hati-hati~

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. 

Kita mahukan sesuatu tetapi kenapa kita sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? konsep tu?
Buanglah ego. Tak kemana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kita, waktu kita mati nanti, bukan boleh kita balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kita mandikan diri sendiri. Bukan boleh kita gali & kambus lubang kubur kita nanti. Siapa yang akan angkat jasad kita ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kita lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak kemana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan & kedukaan kepada orang lain.

Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya..

Dan sememangnya manusia mahukan doanya & keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kita. Sedikit pun Allah & Islam tidak memerlukan kita tetapi kita sendiri yang memerlukan Allah & Islam. Allah tak nak kita terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepada-Nya. Kalau tak diuji nanti kita lalai & leka. Jangan sedih kalau kita diuji. Bersyukurlah & takutilah kalau diri kita tak diuji. Itu tandanya diri kita tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah..

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab mahu kita jadi anak yang baik, soleh, solehah. seperti itu juga Allah. Cuma kasih sayang Allah tiada terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab n kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka sikitpun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir je kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kau kecapi..
Post kali ini bertajuk kadang-kadang sebab
manusia adakalanya
kadang-kadang imannya di hulu sana
kadang-kadang imannya di hilir sini
Sebab tu kita sesama kita terkena & mesti saling ingat mengingatkan :)

Apa yang saya post ni,
tak pernah ada seorang pun yang paksa saya untuk post itu post ini.
Tapi apa yang post ni adalah nasihat & teguran buat diri saya sendiri.
Supaya saya sedar,
saya tulis, saya type, saya post kalau saya harus buat itu juga?
Saya juga manusia biasa.
terlihat saya buat silap, tegur saja. Saya tak kisah, saya tak marah & malah saya berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk saya, siapa saya di masa hadapan nanti.

Kalau ada siapa siapa yang mahutegur lepas ini,
jangan teruih taboh saja orang itu.
Pandang dengan mata hati.
Allah hantaq orang tu untuk bawak kita kembali kan
 jalan yang Allah mahu kita lalui sebab kita tersalah rupanya..
Hamdan Lillah :)

Ampunkan-dosaku.


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
“kaka..saya mahu tanya kaka boleh?? ” 
“iya dik..tanyalah..” 
“kaka..Allah akan ampunkan kita yah kaka kalau kita buat dosa??” 
“iya sayang..Allah akan ampunkan kita..” 
“Tak kisah dosa apa pun itukak??” 
“iya dik..tak kisah dosa apapun melainkan dosa jika kita syirik padanya..”
firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah itu tidak mengampuni dosa jika Dia dipersekutukan tetapi diampunNya selain dari itu bagi siapa yang disukaiNya. Siapa yang mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah membuat dosa yang besar..
“kaka..saya banyak dosa..Allah akan ampunkan saya yah kak..”
“Dik..Allah Taala tu Maha Pengampun..Dia Maha Penyayang..Dia pasti ampunkan kita..kita ni manusia yang lemah dik..tak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan..krn kita ada syaitan yang menghasut..juga nafsu yang menguasai diri jika kita tak berjaya mengwalnya..apa yang penting..bila kita buat dosa…kita bertaubat dengan sebenar2 taubat..dan kemudian..anggaplah diri kita suci..” 
“Tapi kaka..saya takut Allah tak ampunkan saya…” 
“Dik..adik ingat tidak kisah seorang pemuda yang membunuh seramai 99orang..yang akhirnya mencukupkan sebanyak 100orang ...waktu tu dia sudah putus asa dengan rahmat Allah..dia takut Allah tak ampunkan dosanya kerana dia sudah melakukan dosa besar dengan membunuh nyawa yang terpelihara..tapi,kemudiannya dengan panduan seorang ulama, dia memohon taubat pada Allah..dan Allah mengampunkan dosanya..” 
“iya..saya ingat kak.. tapi kaka.. kadang2..saya tak tahu kenapa saya macam teringat dosa yang pernah saya buat…” 
“adik..bersyukurlah kerana hati adik masih hidup..hanya orang yang hidup hatinya..akan rasa menyesal dan bersalah dengan dosa yang pernah dilakukannya..adalah perkara biasa untuk kita teringat dosa dan kesilapan yang kita lakukan..tapi,seperti yang kaka katakan tadi..jika kita berdosa kepada Allah..maka mohonlah ampun padanya..bertaubat dan kemudian anggaplah diri kita sudah suci..usah diingat2 yang lalu..kerana mungkin ingatan itu adalah dari syaitan laknatullah yang ingin menghasut dan memperdaya diri kita supaya kita berbuat keburukan, dosa dan maksiat kembali krn merasakan diri kita tidak diampunkan Allah..sedangkan sebenarnya..Allah Taala itu Maha Pengampun..
kita selalu berprasangka pada Allah dik..sedangkan sebenarnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita..jika ingatan itu datang..maka zikirlah..ingatlah Allah..krn sesungguhnya yang mengembalikan ingatan itu adalah Dia..dan yang bisa melupakan juga adalah Dia.. 
“terima kasih kaka..” 
“sama-sama kasih..sudah..adik jangan fikirkan sangat yah..banyakkan buat solat taubat yah dik..” 
“baik kaka..” 
………………………………………………………………………………………………………………………
Dialog diatas hanyalah rentetan dialog kecil dengan seorang adik..bukanlah niat membuka cerita tapi sekadar set induksi untuk kita sama-sama memahami akan apa yang sy ingin sampaikan sebentar lagi..krn mungkin kita juga pernah merasa yang sama.. 
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah.. 
Manusia adalah satu makhluk yang seringkali lalai dan leka..dalam keadaan lalai dan leka itulah kita mudah terjerumus ke dalam lembah dosa dan kemaksiatan..hingga kadang2 tanpa kita sedar kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..atau mungkin keadaan sekeliling mendesak kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan..maka jadilah kita hamba Allah yang hina..yang mencela dirinya sendiri..
mungkin ada dikalangan kita yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah dosa..maka disini sy berikan satu analogi yang cukup mudah sbgi perbandingan tentang apa itu dosa iaitu bilamana hati kita merasa takut dan malu orang mengetahui apa yang kita lakukan..maka itulah dosa..namun, sebagai hamba Allah..malu itu haruslah lebih kepada DIA daripada manusia krn DIA Maha Mengetahui apa yang kita lakukan sama ada yang terang mahupun tersembunyi dan DIAlah juga yang Maha Mengetahui apa yang ada dlm hati kita.. 
Namun saudara-saudaraku, Allah Taala itu Maha Pengampun..diampunkan dosa hambanya yang bertaubat kepadanya dan DIA menyukai akan hamba-hamba yang bertaubat pada-Nya cuma kita yang kadangkala prasangka dan putus dengan rahmat Allah..
Fimran Allah di dalam surah An-Nashr:110:3 ada menyebut:
Maka tasbihlah memuji Tuhan engkau dan memohon ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia sangat suka menerima taubat (memberikan rahmat).
Bilamana kita perbuat dosa dan kemaksiatan, pasti akan timbul rasa menyesal atau berdosa dan bersalah dengan apa yang dilakukan..tapi,apakah daya.. 
”nasi sudah menjadi bubur..”.. 
”terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..” 
“sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tiada gunanya..” 
begitulah juga dalam kita menyedari kesilapan yang kita lakukan..orang yang masih hidup hatinya akan mudah merasa kesal terhadap dosa yang dilakukan melainkan orang-orang yang sudah tertutup pintu hatinya atau hatinya gelap kerana dipenuhi bintik-bintik hitam dimana orang-orang ini tidak merasa berdosa dengan dosa dan maksiat yang dilakukan sebaliknya berasa bangga dgn dosa yang dilakukannya..ketika itu akalnya seakan sudah tidak bisa berfungsi kerana kini diterajui oleh nafsu..dosa dan pahala..halal dan haram..sudah tidak dapat dibezakan lagi dan jadilah dia orang-orang yang rugi..
Tanpa adanya rasa kesal dan berdosa itulah wujudnya satu golongan manusia yang mengatakan..taubat itu hanyalah apabila sudah tua..ataupun orang yang sengaja menangguh-nangguhkan taubat kerana fikirnya umurnya masih panjang..
”alah…tua nanti..aku bertaubatlah..”.. 
”iskh..aku tahulah..nanti aku bertaubatlah..” 
...........................................................................................................
Saudara-saudaraku..
Sedarkah kita bahawa ajal tidak menunggu kita..ajal tidak mengira tua atau muda..tidak kira malam atau siang..pagi atau petang..tapi,bilamana sudah sampai ajal kita..maka pergilah kita mungkin dalam keadaan diri yang tidak sempat bertaubat.. maka amalkanlah untuk sentiasa memohon taubat setiap kali solat sebagai kerendahan diri kita sebagai hamba yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa dan maksiat sekalipun hanya dosa kecil..Bertaubatlah selagimana pintu taubat masih terbuka..janganlah kita menangguh2kan taubat atau menunggu untuk bertaubat tika roh sudah berada di halkum krn andai kita tidak sempat untuk bertaubat tika itu..maka jadilah kita hamba yang rugi..
Apa yang paling penting, jangan terlalu mudah berputus asa dengan rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan DIA Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita..ikhlaslah dalam melakukan sesuatu krn Allah..dan sentiasa berprasangka baik kepada Allah.. 
Firman ALLAH di dalam Surah Az-Zumar :39:53-54
Katakanlah:”Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri!!Janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah!!Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan tunduklah menyerahkan diri kepada-Nya sebelum siksaan datang kepada kamu, ketika itu kamu tidak akan mendapat pertolongan. 

Jika kita berdosa kepada Allah, kita seharusnya memohon ampun pada-Nya manakalah sekiranya kita berdosa dengan manusia maka hendaklah kita memohon maaf kepada manusia itu tidak kira sama ada kepada ibu bapa kita sendiri, adik-beradik mahupun sahabat, teman dan taulan..ikhlaslah dlm melafaz maaf dan semoga dia sudi memafkan kita..sesungguhnya Allah SWT sangat suka dengan orang yang meminta maaf dan sedia memafkan orang lain..dan baginda Rasulallah SAW juga adalah seorang yang pemaaf..maka contohilah peribadi baginda ini.. 
......................................................................................
Saudara-saudara seislamku sekalian, 
Sebagai akhirnya, bersama-samalah kita memohon ampun kepada Allah SWT ats segala dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan..sesungguhnya Allah Taala sangat cemburu iaitu cemburu apabila hambanya melakukan kemaksiatan padaNya.. pohonlah ampun pada Allah dengan sebenar2 taubat semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu..perbanyakkanlah beristighfar dan berzikir kpd Allah dan semoga Allah melindungi diri kita dari berbuat kemungkaran pada-Nya..
Sekian sahaja untuk kali ini..semoga kita mendapat sesuatu dari penulisan yang tidak seberapa ini..sebelum sy mengundur diri ampun dan maaf sy pohon untuk sekalian teman..maafkanlah diri sy yang hina ini.. dan tegurlah sy disaat sy lalai dan lupa..semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..aaminnn…

bersangka baik dengan Allah


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu..
"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit & sebelum terbenam ; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam & di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang." (Taha, 20: 130)
Usianya sudah pun menjangkau 20-an.. Dia dilahirkan cacat.. Dia tiada kaki.. Tiada tangan.. Malah, dia juga cacat penglihatan.. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya.. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka..
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya BERbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir. Salah satu soalannya :
"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan..? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan.. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini.."
'Ini bukan kekurangan atau kecacatan.. Ini satu kelebihan.. Kenapa?
Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki dan sepasang mata saya.. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan.. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka.."
"Tapi, apa yang Tuan ada..?"
"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Dengan mulut ini saya mampu berzikir dan dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca al-Quran meskipun saya buta.. Hamdan Lillah.."
* Pandanglah dengan mata hati.. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain..
Bersangka Baiklah Dengan Allah..
Kenapa aku miskin, dia kaya..? Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri dan riya'.. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud.. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya..? Malah lebih miskin dari kita.. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah..
Kenapa JUga aku kaya, dia miskin..? Allah mungkin tak sayang aku..? Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalan-Nya.. Tidak semua orang berpeluang.. Gunakan kesempatan ini sebaiknya.. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah..
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahf - 7)
Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam..? Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat time SKS Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya time SMP, SMA,MAHASISWA. Allah sama sekali tidak memandang BERAPA banyak yang kita dapat. kita.. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping PIALA EMAS PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita.. Allah sama sekali tak mengira berapa GUCI PERMATA yang tergantung kat keliling rumah kita.. Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah dan setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya.. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi dan lagi..
Kalau SEPERTI ITU, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan..? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang SOMBONG..? Itu adalah bonus.. Bersyukurlah.. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak..? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh.. Sama ada kau bersyukur atau tidak.. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka.. Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu.. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat.. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan dan disampaikan.. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi..
Ada orang yang lebih menderita KESAKITAN, tetapi masih mengekalkan imannya.. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya..

Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat


Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat
Alhamdulillah.. Allah masih lagi memanjang usia saya, anda dan kita semua sehingga ke hari ni.. Masih lagi Dia memberi kesempatan untuk kita menikmati rasa cinta dan kasih sayangNya…
‘Rasa takut ingin bertaubat..’
Mesti atau mungkin kita pernah dengar ayat-ayat yang berbunyi macam ni..
***


‘Aku bukan tak mau berubah.. Aku ingin berubah.. Aku pun melihat banyak kawan aku sudah berubah tapi aku ini takut.. Takut tak dapat kekal lama.. Aku tak mahu jadi hipokrit..’


‘banyak saja budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat..
Aku ni sekolah orang putih saja dari kecik sampai besaq.. iTu yang aku tak yakin mahu berubah tu..
Bukan tak mau..’



‘Aku mahu berubah tapi dosa aku banyak sangat..
 Setinggi gunung seluas lautan.. Allah sudi kea terima aku ni..’

‘Aku mahu berubah tapi aku sayang geng-geng aku.. Kalau aku berubah, nanti mereka kata apa jadi apa juga..?’

***
Disebabkan terlampau banyak sangat persoalan yang berlengar-legar di luar minda, 
last sekali pasti ayat ini akan muncul (bagi yang cepat putus asa / jumpa jalan buntu)
‘Argh..!!! SUSAH ingin berubah.. Baik tak SUSAH berubah la.. Kalau masuk neraka pun last-last dapat juga rasa nikmat syurga.. Cuma cepat dengan lambat SAJA.. Tak apa MENAHAN SEDIKITsIksa tu.. Nanti baik juga..’
(Nauzubillahminzalik..)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ye saya mengaku.. Pasti persoalan-persoalan yang sinonim macam di atas akan bermain-main di minda.. Tambah di kala hening malam.. Tatkala kita seorang diri berada di beranda rumah atau di atas katil ketika sedang mencuri masa untuk bermuhasabah diri..
‘Rasa’ teringin bertaubat tu bukan hanya manis di bibir dan indah khabar dari rupa saja.. Apabila kita sudah ‘terniat ingin berubah tu first apa yang kita mahu buat tu.. Kita buktikan dulu dengan perbuatan.. Yang pasti kita kena sanggup berkorban berdiri dan sujud di hadapan Allah.. Bersungguh-sungguh bertaubat dengan taubat nasuha.. Minta keampunan kepadaNya.. Settlekan hubungan sesama manusia.. Letakkan rasa cinta dan yakin itu hanya apa Allah.. Lepas itu cuba didik diri kita dengan macam ini.. Saya bagi contoh (ingat contoh saja (lain orang lain cara dia)) 
Pertama :-
Andai dulu apabila marah-marah akan baling barang yang ada di tangan.. Tak kisah la telefon, kaca ke atau tas ke, pasti akan automatic akan lempar terus.. Tapi kali ni apabila rasa marah tu menyapa.. Belajar tenangkan diri dengan zikrullah, istighfar, ambil wuduk atau solat sunat dua rakaat.. Tahan diri tu kalau boleh biar sampai keluar air mata..
Kedua :-
Dulu selalu kalau ada masalah pasti pergi cari pacar untuk share masalah dan tenangkan fikiran.. Tapi kali ni ce usaha terus pergi ke kamar air ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.. Dan mengadu sepuas-puasnya.. Cerita dekat Allah.. Lepas tu mintak putus terus dengan pacar (serius ni.. Tak main-main.. Putus terus) [Jangan pernah sayang kepada maksiat]
Ketiga :-
Andai terlampau banyak masalah yang menyulitkan urusan hidup, yang pasti pergi cari sahabat yang soleh-soleh.. Tidak pun cari ustaz / ustazah.. Sekiranya kita memang mahu Allah yang pegang kehidupan kita.. Istilah ‘malu ‘ bertanya tu tak patut ada dalam diri..
Keempat :-
Seandai member-member lama ajak kita melakukan maksiat.. Kita dengan tegas menyatakan kita tak hendak buat/pergi.. Kita mesti berprinsip.. Yang pasti kita jangan tinggal dia tapi ajak depa sama-sama berubah.. (Jangan putus asa)
So,
Jadi ia bermula dari kita.. Diri kita.. Jasad kita.. 
Segala-galanya dari kita tanpa paksaan orang lain.. Tidak perlu marah-marah..
Tapi apa-apa pun kita kena ingat dan berpesan pada diri dengan ayat ni..
Surah ankhabut ayat 2-3 :- ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’
Penutup :-
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk kembali kepadaNya.. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. Andai kita datang kepadaNya dengah segunung dosa maka Dia akan memberi kita segununug pengampunan.. Andai kita datang kepadaNya dengan dosa seluas lautan maka Dia akan memberi kita pengampunan seluas lautan.. Allah tak tengok siapa kita di masa silam Allah tidak nilai kita di masa depan tapi Allah nilai kita di saat ini.. Betapa mulia dan kasihNya Dia kepada kita.. Tiada yang mustahil bagiNya.. Andai kita mengkehendaki kebaikan, Allah akan beri kita faham agamanya..
Apa lagi..! Ayuh ke arah pintu taubatNya sebelum pintu hati kita tertutup untuk dapat HidayahNya..
Teringin nak jawab persoalan :-
‘Ramai budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin mau berubah tu.. Bukan tak mau..'
Nanti kita balik jumpa Allah, Allah tak akan tanya kita dulu di dunia kita masuk sekolah apa.. Kenapa perlu ambil contoh ANAK sekolah agama yang dah menjadi sampah masyarakat sedangkan ramai je lagi budak sekolah agama yang tinggi sahsiahnya dan menjadi contoh ikutan masyarakat.. Keyakinan itu tidak pada bibir tapi pada tindakan..
WallahuAlam.. Semoga Allah redha urusan kita semua.. Aamiin..

9 ciri-ciri wanita idaman lelaki :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
– Bersopan satun
– Senantiasa memaniskan wajah
– Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
– Menutup aurat
 – Ramah dan mesra
– Tidak terlalu cemburu
– Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. 
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.

untuk ANDA!!


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿



KAMU.

ya.KAMU yang SEDANG baca ni.

saya tahu,jauh di sudut hati KAMU,

ada rahsia yang tersimpan.

ada tangisan yang tersembunyi.

ada harapan yang terlukis terang.

namun di situ,

KAMU memilih untuk senyum.

KAMU bertahan dalam diam.

KAMU yakin dengan doa.

tapi saya percaya di sebaliknya,

KAMU kongsikan segalanya pada dia yang lebih mengerti.

KAMU menangis dihadapannya yang jauh lebih memahami,

 serahkan hati awak sepenuhnya.hanya untuk dia.

sebab itu KAMU nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.

kerana hatimu teguh bersama pencipta.

=)

sabarlah wahai hati


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Ketika kita ditimpa musibah, bencana, atau keadaan yang sulit, ramai dari kita yang meratapi nasib dan menyalahkan Tuhan.
Kenapa harus saya yang mengalami ini?
Kenapa bukan orang lain saja?
Apa salah saya hingga Tuhan membiarkan saya mengalami musibah ini?
Bagaimana mahu melanjutkan hidup dalam keadaan seperti ini?
Mengapa hidup orang lain nampak begitu mulus dan mudah? Tuhan tidak adil!
Depresi, kecewa, dan putus asa menghantui diri kita. Namun, jika nak pikir kembali, bijaksanakah kita kalau selalu menyalahkan keadaan? Apakah masalah akan selesai jika hanya menyalahkan keadaan?
Tidak ada suatu apapun yang kebetulan di dunia ini. Segalanya telah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Sekecil apapun kejadian itu, tentu merupakan kehendak-Nya. Tuhan selalu mempunyai alasan mengapa Dia memberikan keadaan demikian kepada kita. lihatlah, sesungguhnya Tuhan ingin Anda mempelajari hikmah dari kejadian tersebut.
Tuhan tidak akan memberi dugaan yang tidak boleh dhadapii oleh hamba-Nya. Kerana itu, percayalah. Mengapa Tuhan memilih Anda untuk menjalani keadaan sulit yang Anda rasakan, adalah kerana Tuhan tahu bahwa Anda mampu mengahadapinya. Jika orang lain yang mengalami apa yang Anda alami, belum tentu mereka boleh sekuat Anda saat ini.
Setiap kesukaran yang kita alami adalah semata-mata kesempatan untuk mengasah kita menjadi peribadi yang lebih kuat. Seorang sarjana bekerja sebagai pegawai kilang dengan gaji tiga juta setiap bulan. Di lain pihak, seorang berijazah mampu menampung keluarga dengan usaha tambak ikan dengan penghasilan berkali lipat. Ya, kesulitan memperoleh pekerjaan sering kali membuat kita berfikir lebih keras, bagaimana cara memperoleh duit. Jika setiap masalah kita hadapi dengan fikiran positif, tentu hasil yang positif juga akan kita dapat.
Hidup adalah untuk menyelesaikan masalah. Meski nampak bahagia di luar, setiap orang pasti memiliki masalah sendiri. Ada seorang gadis berparas cantik dari keluarga berada. Apapun yang ia inginkan pasti dapat. Ia memiliki kekasih yang tampan dan prihatin ,di samping masih banyak lelaki lain yang juga memujanya. Bahagiakah hidupnya? Tidak! Kedua orang tuanya telah lama bercerai, jika bertemu pun sikapnya seperti kucing dan anjing. Masing-masing telah berkahwin lagi. Tak ingin memilih salah satu pihak, akhirnya si gadis dan adiknya yang masih sama, memilih untuk tinggal berdua saja.
Cuba Anda lihat orang-orang yang nampak bahagia. Pasti Anda nampak satu sisi yang membuat orang itu merasa hidupnya tidak sempurna. Begitu juga dengan diri Anda sendiri. Jika saat ini Anda rasa mempunyai masalah, selesaikanlah dengan tawakal tanpa pernah mengeluh. Itulah ujian yang Tuhan berikan sesuai dengan posisi kemampuan Anda.
anginawan:

Alhamdulillah ala kulli hal <3
Semoga bermanfaat.

wahai kamu disana tu !


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Kau boleh hina diriku,
Kau boleh kutuk diriku,
tapi jangan sesekali hina pakaianku,
jangan hina Daku ku,
jangan hina busanaku ku..
Aku sedar aku hina, aku punya dosa, aku punya cela..aku bukan mulia,
Dan aku sedar kamu mungkin terlalu hebat, terlalu mulia dan terlalu sempurna, tanpa dosa..
Dan sebab aku berdosa, dan punya cela..
Aku sedar tahap diriku,
Aku sedar tahap kemampuanku, 
Aku sedar aku hamba Allah yang hina..
Itu lebih baik bagiku daripada riak, tak sedar diri tapi hina pada pandangan Pencipta..
p/s : Sehina mana pun seseorang itu, sudah pasti ada terselit sedikit kebaikan dalam dirinya..sebaik mana pun seseorang itu, tidak mustahil jika terselit sedikit kejahatan dalam dirinya...

Semoga Allah redha :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Saya sayang ANDA dengan cara saya tersendiri
Jika mereka memilih untuk kerap bertemu untuk mengubati rasa rindu saya memilih untuk kita berjauhan
Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan
Saya memilih untuk mengutus doa Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati
Saya memilih untuk menyibukan diri
Jika mereka memilih untuk saling merindu
Saya memilih untuk buat tak tahu Kerana ANDA belum tentu menjadi milik saya
Saya lebih senang bertemu Dia Saya mahu belajar mengenali Dia
Agar saya lebih suka mengingati Dia yang sentiasa menemani saya
Saya sayang ANDA tapi Dia lebih sayangkan saya ... :')
Semoga Allah redha dengan cara SEPERTI ni”

 matahary:



Setiap kali aku melihat kau tersenyum, bagai langit pun menumbuhkan bunga-bunga.
Indah.


Tuhan, jadikan umi wanita syurga:)

Ya Rasulullah :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.
Malam Isnin subuh yang indah,
Dua belas Rabiul Awal yang cerah,
Dua puluh April Tahun Gajah,
Lahirlah zuriat yang sa'adah.
Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirnya putra yang utama.
Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti.
Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia..
Siapa yang tak pernah nyanyi lagu nasyid ini kan....bermula dari sekolah rendah lagi kita dah hafal...Alhamdulillah..sampai sekarang masih ingat.....Nanti boleh lah ajar kita bernasyid bersama....
MARI kita semarak Cinta Rasul junjungan kita yang mulia ini dengan memperbanyakkan selawat kepadanya...In Shaa Allah moga lidah kita masih lembut untuk mengalunkannya...
"Sesungguhnya pada diri Rasululllah ada teladan yang baik bagimu,..iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah." (Q.S Al-ahzab :21)
" Sesungguhnya,..orang paling dekat dengan Ku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu.."( Al- Nasai & Ibnu Hibban)

Sahabat kau yang teristimewa :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Sahabat...
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...

Tetapi.......
kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga,
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
sahabat.....
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang
DISANGKA-SANGKAKAN .....

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu....;
RENUNGKANLAH...... 

pedatih:

Beauty things fall from the sky-
======================================================
maafkan aku kerana selama ini aku ini bukanlah sahabat yang baik buatmu..sedihnya....:')

kita sama2 suka Rilakkuma :)
hahahaa..:D comey kan rilakkuma kat bawah nie..:P

Ku mohon pada-Mu :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ketika air mata ini jatuh..
kerana cintaMu begitu kuat
merangkul diriku..
bibir ini tidak henti melafazkan tasbih dan zikir..
atas ke tidak berdayaan rasa yang Kau ciptakan di hatiku..
Kau hembuskan rasa itu tanpa ku mahu..
Kau bolak balikkan hatiku..
Kau biarkan rasa itu mengalir di dalam tubuhku..
Ya Rabb, jika rasa itu belum pantas ada untukku..
hilangkan dari hati dan fikiranku..
tanamkan selalu cintaMu di hatiku..
jaga lisan dan fikiranku dari hal-hal yang tidak bermanfaat..
terangi aku dengan cahayaMu..
agar aku ringan dalam melalui hari-hari ku..
menyambutnya dengan penuh senyum..
dan tidak dengan muramnya hatiku..
dakap aku Ya Rabb,..
biarkan aku tersungkur menangis..
di atas sajadah di dalam sujudku..
belai aku dengan sentuhanMu..
ku mohon padaMu..
jangan Kau ubah rasa yang ada..
menjadi kebencian di dalam hatiku..
Ya Rabb,
jauhkan rasa itu..
tutup telingaku..
tutup mataku..
sejenak ku ingin tertidur dalam dakapanMu..
merasakan indahnya bercinta denganMu..
di antara senandung kalam illahiMu..
ku rasakan betapa kuat cintaMu yang menjalar..
di setiap detik jantungku..
wallahua'lam...

Menjadi Baik (:


 ✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
sesiapa pun boleh memperbaiki diri..
sesiapa pun boleh mengubah diri..
menuju ke arah yang lebih baik..
perubahan itu tersedia untuk semua orang..
“ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).
keputusan untuk menjadi lebih baik hanya memakan beberapa detik..
tapi proses untuk perbaiki diri memakan masa yang panjang..
niat menjadi baik adalah untuk mengenal diri dengan mengenali ALLAH..
dan untuk perbaiki diri..
segalanya bermula dengan meninggalkan semua kemaksiatan..
berpegang teguh dengan kebaikan..
melangkah keluar dari dunia kegelapan..
demi menuju cahaya yang diberi petunjuk oleh ALLAH..
sakit..derita..payah..susah..keliru..janggal..semua dirasai dalam memperbaiki diri..
tak mudah nak menjadi baik..
bila hati tak kuat menghadapi segala dugaan..
tak susah menjadi jahat..
bila hati kosong dan tiada cahaya keimanan..
segalanya bergantung pada niat dalam hati..
segalanya bermula dari hati..
segalanya berakhir dengan hati..
hati memainkan seluruh peranan dalam perubahan ke arah kebaikan di lakukan..
dalam hati seorang manusia..
semuanya menginginkan kebaikan..
kerana hanya kebaikan dapat menenangkan hati yang mencari kekuatan..
perubahan itu dimulakan dengan hati..
hati yang perlu disucikan dengan ZIKRULLAH..
hati yang perlu dijernihkan kembali dengan menghayati AL-QURAN..
hati yang perlu diteguhkan benteng pertahanannya untuk melawan segala DUGAAN..
hati yang perlu di MUHASABAH demi menanam sifat SABAR dalam diri..
kerana hati adalah penawar dan juga racun sekiranya salah digunakan..
semakin nak menjadi baik..
semakin banyak dugaan dan ujian yang mendatang..
hanya untuk menguji sejauh mana keteguhan iman..
hanya untuk menduga seikhlas mana hati mencari nur-Nya..
andai hati tak punya kekuatan..
itu lah punca kegagalan perubahan diri..
sedetik hati berkata..
betapa sukar menjadi baik pada mata umum..
betapa terbeban diri untuk memenuhi keinginan umum..
betapa payah untuk memuaskan hati yang memandang dan menilai diri tanpa memahami..
segala tindakan..segala perlakuan..segala perbuatan..segala percakapan..
harus dijaga dengan rapi....
supaya fitnah dan salah faham tidak timbul..
sehingga hati menangis sendirian..
kerana hati ini tak terjaga demi menjaga hati-hati yang sedang menilai tahap perubahan diri..
yang mencari dan terus mencari kelemahan diri..
andainya mereka mampu mendengar suara hati yang berlagu pilu..
andainya mereka mampu memahami bahawa hati ini.. 
mengharap kekuatan dari mereka untuk terus bertahan dengan perubahan ini..
andainya mereka mampu mentafsirkan gejolak jiwa..
yang mengharap bimbingan bukannya menuding jari atas kesalahan yang dilakukan..
pasti mereka mengerti rahsia yang tersembunyi dalam hati..
apa yang mampu dilakukan adalah..mengutamakan pandangan ALLAH dari pandangan orang lain..
kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya..
MUJAHADAH..
perkataan yang sinonim dengan perubahan diri..
berjuang dan berperang melawan musuh batin iaitu nafsu..
untuk mengatasi kelemahan diri..
untuk mencapai keredhaan ALLAH..
gagalnya proses perbaiki diri dan menjadi baik..
pabila gagalnya diri untuk bermujahadah..
jalan mujahadah itu pahit..
kerana syurga itu manis..
ketika ini..mengajar diri untuk bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk bersabar dalam bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk teguhkan pendirian untuk bermujahadah..
hanya mampu memohon pertolongan ALLAH..agar diri tidak rebah di pertengahan jalan..
Syekh Imam Al-Ghozali Berkata :
‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah'' 
ISTIQAMAH..
berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun..
istiqamah adalah cabaran terbesar dalam perbaiki diri..
kerana untuk mengekalkan perubahan diri itu adalah amat sukar..
banyak halangan yang dirasai untuk kekal istiqamah di jalan ALLAH..
halangan datang dari diri sendiri..
yang lemah semangat..mudah mengalah..dan malu untuk berubah kerana kata-kata yang didengar..
halangan yang datang dari persekitaran..
pengaruh dan suasana yang tidak sesuai untuk perubahan diri..
namun..hati sentiasa bermuhasabah untuk terus kekal di jalan ALLAH..
semangat yang kukuh untuk mengekalkan istiqamah dalam hati..
Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )
*p/s: hari demi hari dilalui menandakan waktu untuk kita di muka bumi ini kian singkat..perubahan perlu dilakukan untuk persediaan di alam sana..bersediakah kita menghadapinya andai ajal menjemput 5minit dari sekarang?renungkan bersama mengapa kita perlu menjadi lebih baik..kata yang menjadi pegangan diri kini adala.."hari ini akan dipastikan menjadi lebih baik dari semalam :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More