Wednesday, February 13, 2013

Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat


Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat
Alhamdulillah.. Allah masih lagi memanjang usia saya, anda dan kita semua sehingga ke hari ni.. Masih lagi Dia memberi kesempatan untuk kita menikmati rasa cinta dan kasih sayangNya…
‘Rasa takut ingin bertaubat..’
Mesti atau mungkin kita pernah dengar ayat-ayat yang berbunyi macam ni..
***


‘Aku bukan tak mau berubah.. Aku ingin berubah.. Aku pun melihat banyak kawan aku sudah berubah tapi aku ini takut.. Takut tak dapat kekal lama.. Aku tak mahu jadi hipokrit..’


‘banyak saja budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat..
Aku ni sekolah orang putih saja dari kecik sampai besaq.. iTu yang aku tak yakin mahu berubah tu..
Bukan tak mau..’



‘Aku mahu berubah tapi dosa aku banyak sangat..
 Setinggi gunung seluas lautan.. Allah sudi kea terima aku ni..’

‘Aku mahu berubah tapi aku sayang geng-geng aku.. Kalau aku berubah, nanti mereka kata apa jadi apa juga..?’

***
Disebabkan terlampau banyak sangat persoalan yang berlengar-legar di luar minda, 
last sekali pasti ayat ini akan muncul (bagi yang cepat putus asa / jumpa jalan buntu)
‘Argh..!!! SUSAH ingin berubah.. Baik tak SUSAH berubah la.. Kalau masuk neraka pun last-last dapat juga rasa nikmat syurga.. Cuma cepat dengan lambat SAJA.. Tak apa MENAHAN SEDIKITsIksa tu.. Nanti baik juga..’
(Nauzubillahminzalik..)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ye saya mengaku.. Pasti persoalan-persoalan yang sinonim macam di atas akan bermain-main di minda.. Tambah di kala hening malam.. Tatkala kita seorang diri berada di beranda rumah atau di atas katil ketika sedang mencuri masa untuk bermuhasabah diri..
‘Rasa’ teringin bertaubat tu bukan hanya manis di bibir dan indah khabar dari rupa saja.. Apabila kita sudah ‘terniat ingin berubah tu first apa yang kita mahu buat tu.. Kita buktikan dulu dengan perbuatan.. Yang pasti kita kena sanggup berkorban berdiri dan sujud di hadapan Allah.. Bersungguh-sungguh bertaubat dengan taubat nasuha.. Minta keampunan kepadaNya.. Settlekan hubungan sesama manusia.. Letakkan rasa cinta dan yakin itu hanya apa Allah.. Lepas itu cuba didik diri kita dengan macam ini.. Saya bagi contoh (ingat contoh saja (lain orang lain cara dia)) 
Pertama :-
Andai dulu apabila marah-marah akan baling barang yang ada di tangan.. Tak kisah la telefon, kaca ke atau tas ke, pasti akan automatic akan lempar terus.. Tapi kali ni apabila rasa marah tu menyapa.. Belajar tenangkan diri dengan zikrullah, istighfar, ambil wuduk atau solat sunat dua rakaat.. Tahan diri tu kalau boleh biar sampai keluar air mata..
Kedua :-
Dulu selalu kalau ada masalah pasti pergi cari pacar untuk share masalah dan tenangkan fikiran.. Tapi kali ni ce usaha terus pergi ke kamar air ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.. Dan mengadu sepuas-puasnya.. Cerita dekat Allah.. Lepas tu mintak putus terus dengan pacar (serius ni.. Tak main-main.. Putus terus) [Jangan pernah sayang kepada maksiat]
Ketiga :-
Andai terlampau banyak masalah yang menyulitkan urusan hidup, yang pasti pergi cari sahabat yang soleh-soleh.. Tidak pun cari ustaz / ustazah.. Sekiranya kita memang mahu Allah yang pegang kehidupan kita.. Istilah ‘malu ‘ bertanya tu tak patut ada dalam diri..
Keempat :-
Seandai member-member lama ajak kita melakukan maksiat.. Kita dengan tegas menyatakan kita tak hendak buat/pergi.. Kita mesti berprinsip.. Yang pasti kita jangan tinggal dia tapi ajak depa sama-sama berubah.. (Jangan putus asa)
So,
Jadi ia bermula dari kita.. Diri kita.. Jasad kita.. 
Segala-galanya dari kita tanpa paksaan orang lain.. Tidak perlu marah-marah..
Tapi apa-apa pun kita kena ingat dan berpesan pada diri dengan ayat ni..
Surah ankhabut ayat 2-3 :- ‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata : Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’
Penutup :-
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk kembali kepadaNya.. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. Andai kita datang kepadaNya dengah segunung dosa maka Dia akan memberi kita segununug pengampunan.. Andai kita datang kepadaNya dengan dosa seluas lautan maka Dia akan memberi kita pengampunan seluas lautan.. Allah tak tengok siapa kita di masa silam Allah tidak nilai kita di masa depan tapi Allah nilai kita di saat ini.. Betapa mulia dan kasihNya Dia kepada kita.. Tiada yang mustahil bagiNya.. Andai kita mengkehendaki kebaikan, Allah akan beri kita faham agamanya..
Apa lagi..! Ayuh ke arah pintu taubatNya sebelum pintu hati kita tertutup untuk dapat HidayahNya..
Teringin nak jawab persoalan :-
‘Ramai budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih je dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin mau berubah tu.. Bukan tak mau..'
Nanti kita balik jumpa Allah, Allah tak akan tanya kita dulu di dunia kita masuk sekolah apa.. Kenapa perlu ambil contoh ANAK sekolah agama yang dah menjadi sampah masyarakat sedangkan ramai je lagi budak sekolah agama yang tinggi sahsiahnya dan menjadi contoh ikutan masyarakat.. Keyakinan itu tidak pada bibir tapi pada tindakan..
WallahuAlam.. Semoga Allah redha urusan kita semua.. Aamiin..

9 ciri-ciri wanita idaman lelaki :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
– Bersopan satun
– Senantiasa memaniskan wajah
– Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
– Menutup aurat
 – Ramah dan mesra
– Tidak terlalu cemburu
– Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. 
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.

untuk ANDA!!


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿



KAMU.

ya.KAMU yang SEDANG baca ni.

saya tahu,jauh di sudut hati KAMU,

ada rahsia yang tersimpan.

ada tangisan yang tersembunyi.

ada harapan yang terlukis terang.

namun di situ,

KAMU memilih untuk senyum.

KAMU bertahan dalam diam.

KAMU yakin dengan doa.

tapi saya percaya di sebaliknya,

KAMU kongsikan segalanya pada dia yang lebih mengerti.

KAMU menangis dihadapannya yang jauh lebih memahami,

 serahkan hati awak sepenuhnya.hanya untuk dia.

sebab itu KAMU nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.

kerana hatimu teguh bersama pencipta.

=)

sabarlah wahai hati


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Ketika kita ditimpa musibah, bencana, atau keadaan yang sulit, ramai dari kita yang meratapi nasib dan menyalahkan Tuhan.
Kenapa harus saya yang mengalami ini?
Kenapa bukan orang lain saja?
Apa salah saya hingga Tuhan membiarkan saya mengalami musibah ini?
Bagaimana mahu melanjutkan hidup dalam keadaan seperti ini?
Mengapa hidup orang lain nampak begitu mulus dan mudah? Tuhan tidak adil!
Depresi, kecewa, dan putus asa menghantui diri kita. Namun, jika nak pikir kembali, bijaksanakah kita kalau selalu menyalahkan keadaan? Apakah masalah akan selesai jika hanya menyalahkan keadaan?
Tidak ada suatu apapun yang kebetulan di dunia ini. Segalanya telah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Sekecil apapun kejadian itu, tentu merupakan kehendak-Nya. Tuhan selalu mempunyai alasan mengapa Dia memberikan keadaan demikian kepada kita. lihatlah, sesungguhnya Tuhan ingin Anda mempelajari hikmah dari kejadian tersebut.
Tuhan tidak akan memberi dugaan yang tidak boleh dhadapii oleh hamba-Nya. Kerana itu, percayalah. Mengapa Tuhan memilih Anda untuk menjalani keadaan sulit yang Anda rasakan, adalah kerana Tuhan tahu bahwa Anda mampu mengahadapinya. Jika orang lain yang mengalami apa yang Anda alami, belum tentu mereka boleh sekuat Anda saat ini.
Setiap kesukaran yang kita alami adalah semata-mata kesempatan untuk mengasah kita menjadi peribadi yang lebih kuat. Seorang sarjana bekerja sebagai pegawai kilang dengan gaji tiga juta setiap bulan. Di lain pihak, seorang berijazah mampu menampung keluarga dengan usaha tambak ikan dengan penghasilan berkali lipat. Ya, kesulitan memperoleh pekerjaan sering kali membuat kita berfikir lebih keras, bagaimana cara memperoleh duit. Jika setiap masalah kita hadapi dengan fikiran positif, tentu hasil yang positif juga akan kita dapat.
Hidup adalah untuk menyelesaikan masalah. Meski nampak bahagia di luar, setiap orang pasti memiliki masalah sendiri. Ada seorang gadis berparas cantik dari keluarga berada. Apapun yang ia inginkan pasti dapat. Ia memiliki kekasih yang tampan dan prihatin ,di samping masih banyak lelaki lain yang juga memujanya. Bahagiakah hidupnya? Tidak! Kedua orang tuanya telah lama bercerai, jika bertemu pun sikapnya seperti kucing dan anjing. Masing-masing telah berkahwin lagi. Tak ingin memilih salah satu pihak, akhirnya si gadis dan adiknya yang masih sama, memilih untuk tinggal berdua saja.
Cuba Anda lihat orang-orang yang nampak bahagia. Pasti Anda nampak satu sisi yang membuat orang itu merasa hidupnya tidak sempurna. Begitu juga dengan diri Anda sendiri. Jika saat ini Anda rasa mempunyai masalah, selesaikanlah dengan tawakal tanpa pernah mengeluh. Itulah ujian yang Tuhan berikan sesuai dengan posisi kemampuan Anda.
anginawan:

Alhamdulillah ala kulli hal <3
Semoga bermanfaat.

wahai kamu disana tu !


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Kau boleh hina diriku,
Kau boleh kutuk diriku,
tapi jangan sesekali hina pakaianku,
jangan hina Daku ku,
jangan hina busanaku ku..
Aku sedar aku hina, aku punya dosa, aku punya cela..aku bukan mulia,
Dan aku sedar kamu mungkin terlalu hebat, terlalu mulia dan terlalu sempurna, tanpa dosa..
Dan sebab aku berdosa, dan punya cela..
Aku sedar tahap diriku,
Aku sedar tahap kemampuanku, 
Aku sedar aku hamba Allah yang hina..
Itu lebih baik bagiku daripada riak, tak sedar diri tapi hina pada pandangan Pencipta..
p/s : Sehina mana pun seseorang itu, sudah pasti ada terselit sedikit kebaikan dalam dirinya..sebaik mana pun seseorang itu, tidak mustahil jika terselit sedikit kejahatan dalam dirinya...

Semoga Allah redha :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Saya sayang ANDA dengan cara saya tersendiri
Jika mereka memilih untuk kerap bertemu untuk mengubati rasa rindu saya memilih untuk kita berjauhan
Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan
Saya memilih untuk mengutus doa Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati
Saya memilih untuk menyibukan diri
Jika mereka memilih untuk saling merindu
Saya memilih untuk buat tak tahu Kerana ANDA belum tentu menjadi milik saya
Saya lebih senang bertemu Dia Saya mahu belajar mengenali Dia
Agar saya lebih suka mengingati Dia yang sentiasa menemani saya
Saya sayang ANDA tapi Dia lebih sayangkan saya ... :')
Semoga Allah redha dengan cara SEPERTI ni”

 matahary:



Setiap kali aku melihat kau tersenyum, bagai langit pun menumbuhkan bunga-bunga.
Indah.


Tuhan, jadikan umi wanita syurga:)

Ya Rasulullah :)


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.
Malam Isnin subuh yang indah,
Dua belas Rabiul Awal yang cerah,
Dua puluh April Tahun Gajah,
Lahirlah zuriat yang sa'adah.
Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirnya putra yang utama.
Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti.
Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia..
Siapa yang tak pernah nyanyi lagu nasyid ini kan....bermula dari sekolah rendah lagi kita dah hafal...Alhamdulillah..sampai sekarang masih ingat.....Nanti boleh lah ajar kita bernasyid bersama....
MARI kita semarak Cinta Rasul junjungan kita yang mulia ini dengan memperbanyakkan selawat kepadanya...In Shaa Allah moga lidah kita masih lembut untuk mengalunkannya...
"Sesungguhnya pada diri Rasululllah ada teladan yang baik bagimu,..iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah." (Q.S Al-ahzab :21)
" Sesungguhnya,..orang paling dekat dengan Ku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu.."( Al- Nasai & Ibnu Hibban)

Sahabat kau yang teristimewa :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Sahabat...
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...

Tetapi.......
kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa
dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri
kita hingga,
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana
dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan
sahabat.....
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu....
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang
DISANGKA-SANGKAKAN .....

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
mungkin kita akan tahu....;
RENUNGKANLAH...... 

pedatih:

Beauty things fall from the sky-
======================================================
maafkan aku kerana selama ini aku ini bukanlah sahabat yang baik buatmu..sedihnya....:')

kita sama2 suka Rilakkuma :)
hahahaa..:D comey kan rilakkuma kat bawah nie..:P

Ku mohon pada-Mu :')


✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ketika air mata ini jatuh..
kerana cintaMu begitu kuat
merangkul diriku..
bibir ini tidak henti melafazkan tasbih dan zikir..
atas ke tidak berdayaan rasa yang Kau ciptakan di hatiku..
Kau hembuskan rasa itu tanpa ku mahu..
Kau bolak balikkan hatiku..
Kau biarkan rasa itu mengalir di dalam tubuhku..
Ya Rabb, jika rasa itu belum pantas ada untukku..
hilangkan dari hati dan fikiranku..
tanamkan selalu cintaMu di hatiku..
jaga lisan dan fikiranku dari hal-hal yang tidak bermanfaat..
terangi aku dengan cahayaMu..
agar aku ringan dalam melalui hari-hari ku..
menyambutnya dengan penuh senyum..
dan tidak dengan muramnya hatiku..
dakap aku Ya Rabb,..
biarkan aku tersungkur menangis..
di atas sajadah di dalam sujudku..
belai aku dengan sentuhanMu..
ku mohon padaMu..
jangan Kau ubah rasa yang ada..
menjadi kebencian di dalam hatiku..
Ya Rabb,
jauhkan rasa itu..
tutup telingaku..
tutup mataku..
sejenak ku ingin tertidur dalam dakapanMu..
merasakan indahnya bercinta denganMu..
di antara senandung kalam illahiMu..
ku rasakan betapa kuat cintaMu yang menjalar..
di setiap detik jantungku..
wallahua'lam...

Menjadi Baik (:


 ✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
sesiapa pun boleh memperbaiki diri..
sesiapa pun boleh mengubah diri..
menuju ke arah yang lebih baik..
perubahan itu tersedia untuk semua orang..
“ Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).
keputusan untuk menjadi lebih baik hanya memakan beberapa detik..
tapi proses untuk perbaiki diri memakan masa yang panjang..
niat menjadi baik adalah untuk mengenal diri dengan mengenali ALLAH..
dan untuk perbaiki diri..
segalanya bermula dengan meninggalkan semua kemaksiatan..
berpegang teguh dengan kebaikan..
melangkah keluar dari dunia kegelapan..
demi menuju cahaya yang diberi petunjuk oleh ALLAH..
sakit..derita..payah..susah..keliru..janggal..semua dirasai dalam memperbaiki diri..
tak mudah nak menjadi baik..
bila hati tak kuat menghadapi segala dugaan..
tak susah menjadi jahat..
bila hati kosong dan tiada cahaya keimanan..
segalanya bergantung pada niat dalam hati..
segalanya bermula dari hati..
segalanya berakhir dengan hati..
hati memainkan seluruh peranan dalam perubahan ke arah kebaikan di lakukan..
dalam hati seorang manusia..
semuanya menginginkan kebaikan..
kerana hanya kebaikan dapat menenangkan hati yang mencari kekuatan..
perubahan itu dimulakan dengan hati..
hati yang perlu disucikan dengan ZIKRULLAH..
hati yang perlu dijernihkan kembali dengan menghayati AL-QURAN..
hati yang perlu diteguhkan benteng pertahanannya untuk melawan segala DUGAAN..
hati yang perlu di MUHASABAH demi menanam sifat SABAR dalam diri..
kerana hati adalah penawar dan juga racun sekiranya salah digunakan..
semakin nak menjadi baik..
semakin banyak dugaan dan ujian yang mendatang..
hanya untuk menguji sejauh mana keteguhan iman..
hanya untuk menduga seikhlas mana hati mencari nur-Nya..
andai hati tak punya kekuatan..
itu lah punca kegagalan perubahan diri..
sedetik hati berkata..
betapa sukar menjadi baik pada mata umum..
betapa terbeban diri untuk memenuhi keinginan umum..
betapa payah untuk memuaskan hati yang memandang dan menilai diri tanpa memahami..
segala tindakan..segala perlakuan..segala perbuatan..segala percakapan..
harus dijaga dengan rapi....
supaya fitnah dan salah faham tidak timbul..
sehingga hati menangis sendirian..
kerana hati ini tak terjaga demi menjaga hati-hati yang sedang menilai tahap perubahan diri..
yang mencari dan terus mencari kelemahan diri..
andainya mereka mampu mendengar suara hati yang berlagu pilu..
andainya mereka mampu memahami bahawa hati ini.. 
mengharap kekuatan dari mereka untuk terus bertahan dengan perubahan ini..
andainya mereka mampu mentafsirkan gejolak jiwa..
yang mengharap bimbingan bukannya menuding jari atas kesalahan yang dilakukan..
pasti mereka mengerti rahsia yang tersembunyi dalam hati..
apa yang mampu dilakukan adalah..mengutamakan pandangan ALLAH dari pandangan orang lain..
kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya..
MUJAHADAH..
perkataan yang sinonim dengan perubahan diri..
berjuang dan berperang melawan musuh batin iaitu nafsu..
untuk mengatasi kelemahan diri..
untuk mencapai keredhaan ALLAH..
gagalnya proses perbaiki diri dan menjadi baik..
pabila gagalnya diri untuk bermujahadah..
jalan mujahadah itu pahit..
kerana syurga itu manis..
ketika ini..mengajar diri untuk bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk bersabar dalam bermujahadah..
ketika ini..mengajar diri untuk teguhkan pendirian untuk bermujahadah..
hanya mampu memohon pertolongan ALLAH..agar diri tidak rebah di pertengahan jalan..
Syekh Imam Al-Ghozali Berkata :
‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah'' 
ISTIQAMAH..
berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun..
istiqamah adalah cabaran terbesar dalam perbaiki diri..
kerana untuk mengekalkan perubahan diri itu adalah amat sukar..
banyak halangan yang dirasai untuk kekal istiqamah di jalan ALLAH..
halangan datang dari diri sendiri..
yang lemah semangat..mudah mengalah..dan malu untuk berubah kerana kata-kata yang didengar..
halangan yang datang dari persekitaran..
pengaruh dan suasana yang tidak sesuai untuk perubahan diri..
namun..hati sentiasa bermuhasabah untuk terus kekal di jalan ALLAH..
semangat yang kukuh untuk mengekalkan istiqamah dalam hati..
Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )
*p/s: hari demi hari dilalui menandakan waktu untuk kita di muka bumi ini kian singkat..perubahan perlu dilakukan untuk persediaan di alam sana..bersediakah kita menghadapinya andai ajal menjemput 5minit dari sekarang?renungkan bersama mengapa kita perlu menjadi lebih baik..kata yang menjadi pegangan diri kini adala.."hari ini akan dipastikan menjadi lebih baik dari semalam :)

Cara Menghadapi Dugaan Hidup :)



✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..
hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..
bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..
renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
demi menenangkan hati yang celaru..
demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..
melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.."
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )
sering kali ana terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji..ada ketikanya..mereka mencari penyelesaian yang salah..mencederakan diri sendiri..menyakiti diri sendiri..menyeksa diri sendiri dan seumpamanya..ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri..mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka..memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka..termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya..ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi..pabila iman di dada semakin tipis..aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar..yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan..inilah yang akan terjadi..ini bukan sekadar kata-kata kosong..kata-kata yang tidak memahami..tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar..kerana ana jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu..mujur,saat dugaan datang menyapa..iman ku walaupun menipis..masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarku dari melakukan perkara-perkara yang buruk..

TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP?




ATAU



ATAU


ATAU


menangis, meraung, marah, mengamuk benda yang selalu dilakukan untuk mengekspresikan rasa di dalam hati..tapi percayalah..air mata yang jatuh di atas sejadah itu lebih baik dari air mata yang jatuh di atas bantal..mendiamkan diri itu lebih baik dari memaki hamun..tersenyum itu lebih baik dari muka yang masam mencuka..kerana itu lebih mententeramkan jiwa yang sedang bergelora..janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang..janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa..redhakan lah diri..lapangkan hati..bukakan lah minda..terima ketentuan setiap yang terjadi..yakinlah dengan setiap hikmah yang ada..kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa..

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.."(Az-Zumar 40:53)

teringat satu ketika dulu, pabila diri ana dihimpit dengan rasa sedih yang teramat sangat..hanya air mata jadi peneman yang setia..tak berhenti-henti tangisku dari pagi sampai malam..menyebabkan mata tak dapat dilelapkan..makanan tak dapat ditelan..tiba-tiba hati tergerak dan terasa ingin mengambil wuduk..lalu langkah kaki diatur menuju ke mesjid yang berdekatan..mesjid yang jarang di imarahkan..mesjid yang mesjid sepi tanpa ada seorang manusia pun di dalamnya..sejadah dibentang..lalu solat sunat dilaksanakan..tangan ditadahkan..segalanya diadukan kepada-Nya..hati diserahkan 100% dan dihadapkan kepada-Nya..air mata tumpah sekali lagi..dan air mata itu berhenti tatkala ana tertidur di atas sejadah itu dengan diri yang masih lengkap bertelekung..bila terjaga dari tidur..hati terasa lapang..tenang..kegelisahan yang melanda hilang begitu sahaja..bibir sudah mampu mengukirkan senyuman..keputusan terhadap permasalahan diambil dengan mudah dan tegas tanpa ada apa-apa yang mampu mengugat keyakinan diri lagi..tatkala itu hidayah datang mengusik hati nurani..diri mula sedar akan hakikat kata-kata yang sering didengar.."dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang"



dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan kita..itulah hakikatnya..tersenyumlah ketika dirimu diuji..kerana ketahuilah..dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita..tak mengabaikan kita..dan menyayangi kita..lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya..untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya..ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang menimpa..tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita..terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi..kegembiraan itu dirasai apabila kesedihan berlalu..bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi..dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini..betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini..carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita..jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah..mohonllah perlindungan dan bantuan-Nya..kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu..Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.. 


*p/s: "bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damai lah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya.:)

Monday, February 11, 2013

Muktamar Khilafah 2013




PENDAHULUAN

Khilafah adalah suatu kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariah Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia. Walhasil, keberadaan Khilafah itu bukanlah demi kekuasaan atau pemerintahan itu sendiri. Khilafah ada hanya demi syariah yang wajib hukumnya berdasarkan dalil-dalil al-Qur`an dan as-Sunnah.

Lebih lanjut, Banyak Ulama menyatakan tentang kuatnya hubungan agama(syariah) dan Negara(Khilafah) seperti Imam Ghazali dalam “al-Iqtishad fi al-I’tiqad” menyatakan “Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang”.

Selain jelas wajibnya, menegakkan syariah juga mempunyai banyak urgensitas (ahammiyah) dalam perspektif Islam. Antara lain :
1. Pertama, tegaknya syariah dapat mewujudkan tujuan penciptaan manusia, yaitu beribadah kepada Allah SWT (QS. Adz-Dzariyaat [51] : 56) Beribadah dalam arti umum, yakni mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan Allah. Misalnya menjalankan sistem pidana Islam jelas tidak mungkin ada tanpa syariah Islam.

2. Kedua, tegaknya syariah membuahkan kesejahteraan dan kemaslahatan bagi umat manusia di dunia (QS. Al-A’raaf [7] : 96). Sebaliknya dengan menelantarkan syariah, manusia akan hidup sengsara dan mendapat azab dari Allah di dunia (QS. Ar-Ruum [30] : 41).

3. Ketiga, tegaknya syariah akan menyelamatkan kita di Hari Kiamat kelak. (QS. Thaha [20] : 123-124)

Jelaslah, menegakkan syariah adalah suatu kewajiban yang tidak dapat ditawar-lagi lagi. Menegakkan syariah adalah kewajiban yang sudah final dan tidak boleh dibatalkan oleh siapa pun dan dalam masa kapan pun.

Namun mustahil kita menjalankan kewajiban menerapkan syariah secara menyeluruh (kaffah) tanpa adanya Khilafah sebagai pemerintahan yang pro-syariah. Kaidah fikih menegaskan maa laa yatimmul wajibu illa bihi fahuwa waajib (jika suatu kewajiban tidak dapat terlaksana kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula hukumnya). Maka tidak mungkin kita menjalankan kewajiban penegakan syariah, tanpa Khilafah.

Sebaliknya Demokrasi-Kapitalisme sebagai ideologi yang diterapkan di dunia saat ini nyata-nyata telah gagal menyelesaikan berbagai problematika umat manusia. Kapitalisme telah menjerumuskan manusia kepada titik yang paling hina dan nista. Negara kapitalis juga menghadapi krisis global, banyak yang colaps menuju kebangkrutan. Berbagai cara dicoba juga tidak membuahkan hasil, justru mereka seperti putus asa bisa keluar dari system kapitalis yang ribawi. Sungguh sebentar lagi system kapitalis akan menuju kehancurannya.

Disisi lain, banyak negeri muslim yang merindukan hidup dibawah naungan khilafah. Setelah apa yang mereka rasakan, lihat dan saksikan, dengan system selain khilafah, mereka semakin menderita, jauh dari rasa aman, tentram dan bahagia. Berbagai pergolakan yang terjadi di timur tengah (Tunisia, Mesir, Lybia, Suriah, dll) selain untuk menurunkan rezim penguasa diktaktor agen Penjajah (Barat), juga menuntut penerapan syariah dan khilafah. Bahkan dijantung Negara kapitalis sendiri, opini tentang tegaknya Khilafah semakin Besar. Khilafah bergema di Amerika Serikat, Inggris, Denmark, Jerman, Belanda, Australia, Perancis, Spanyol, dll. Sekarang seluruh umat manusia menantikan masa yang dikabarkan oleh Rosulullah SAW yakni “Kemudian akan datang kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian..”. Sekarang adalah momentum perubahan besar dunia menuju Khilafah.

Maka bersamaan dengan momentum 89 tahun Runtuhnya Khilafah, sekaligus mengingatkan umat Islam akan kewajibannya untuk menegakkan Khilafah dan memberikan kabar gembira akan hadirnya kembali Khilafah Islam (dalam waktu dekat), Hizbut Tahrir Indonesia berencana melaksanakan Muktamar Khilafah 1434 H.

NAMA DAN TEMA KEGIATAN
Kegiatan ini bernama Muktamar Khilafah 1434H dengan tema utama ”Perubahan besar Dunia Menuju Khilafah”.

TUJUAN KEGIATAN
Kegiatan ini diselenggarakan dengan tujuan:
1. Untuk mengingatkan umat Islam tentang kewajiban mereka untuk menegakkan KhilafahIslamiyah.
2. Memberikan kabar gembira kepada umat Islam akan perubahan besar dunia menuju tegaknyakembali Kekhilafahan Islam.
3. Membentuk opini umum tentang syariah dan khilafah di tengah-tengah masyarakat , Indonesiadan Dunia.
4. Mengajak kaum muslimin ambil bagian dalam menyongsong perubahan besar dunia menuju Khilafah.

Silahkan kunjungi : hizbut-tahrir.or.id

by:muslimah hizbut tahrir indonesia


Sunday, January 6, 2013

Sinopsis Film Habibie & Ainun Trailer dan Pemeran

Teaser Trailer HABIBIE dan AINUN Sangat Romantis
Jika cerita cinta kerap diidentikkan dengan Romeo dan Juliet yang berakhir tragis, tampaknya di Indonesia akan ada barometer baru sebuah kisah percintaan asli Indonesia, yaitu cinta Habibie dan Ainun. Lewat teaser trailer terbarunya, film “Habibie dan Ainun” memberikan sedikit gambaran mengenai bagaimana film tersebut akan dibesut.

Sutradara Hanung Bramantyo memberikan dua potongan adegan berbeda di dalam teaser trailer berdurasi empat menit tersebut. Satu adegan pertemuan pertama Habibie dengan Ainun –yang membuat Habibie terpana melihat kecantikannya, dan satu lagi adalah adegan dimana Habibie berusaha untuk menenangkan Ainun yang takut naik pesawat terbang.

Khusus untuk adegan kedua itu, Reza Rahardian berhasil menampilkan sosok Habibie yang cerdas, namun penuh kasih. Siapapun yang menonton klip ini pasti akan dibuat tersentuh dengan kehangatan atmosfir cinta yang diciptakan oleh Hanung. Bunga Citra Lestari sendiri tak kalah luar biasa memerankan sosok Ainun yang kebingungan dan benar-benar takut dengan guncangan yang dialami oleh pesawat yang mereka tumpangi.

Di akhir klip, Habibie menghibur Ainun dan berjanji bahwa dirinya akan membangun sebuah truk terbang yang paling aman untuk sang istri. Ah… so sweet!

Menurut B.J. Habibie sendiri, film yang dijadwalkan untuk rilis pada akhir tahun ini diharapkan dapat lebih menginspirasi lagi, “Saya berharap buku Habibie dan Ainun bisa menginspirasi, namun film ini seharusnya bisa lebih menginspirasi lagi,” ujar Habibie pada suatu kesempatan.

Video Film Habibie & Ainun | Sinopsis, Pemeran dan Video Trailer Film Habibie & Ainun
. Kisah perjalanan hidup antara mantan presiden BJ. Habibie dan Hasri Ainun Habibie yang difilmkan oleh Faozan Rizal dan diangkat dari novel dengan judul yang sama ini cukup menarik banyak pihak dan dianggap sebagai panutan untuk membina keluarga sakinah.

Sinopsis Film Habibie & Ainun Trailer dan Pemeran

Dari Indonesia ke Jerman–sampai Ainun menutup usia yang dibintangi Bunga Citra Lestari (Hasri Ainun Habibie) dan Reza Rahardian (BJ Habibie) dan Faozan Rizal dipercaya memimpin proyek film yang direncanakan berdurasi 118 menit ini. Punya mimpi tidak akan pernah mudah. Habibie dan Ainun tahu itu. Cinta mereka terbangun dalam perjalanan mewujudkan mimpi. Dinginnya salju Jerman, pengorbanan, rasa sakit, kesendirian serta godaan harta dan kuasa saat mereka kembali ke Indonesia mengiringi perjalanan dua hidup menjadi satu.

Berikut Sinopsis Film Habibie & Ainun Selengkapnya : 
Ini adalah kisah tentang apa yang terjadi bila kau menemukan belahan hatimu. Kisah tentang cinta pertama dan cinta terakhir. Kisah tentang Presiden ketiga Indonesia dan ibu negara. Kisah tentang Habibie dan Ainun.

Rudy Habibie seorang jenius ahli pesawat terbang yang punya mimpi besar: berbakti kepada bangsa Indonesia dengan membuat truk terbang untuk menyatukan Indonesia. Sedangkan Ainun adalah seorang dokter muda cerdas yang dengan jalur karir terbuka lebar untuknya.

Pada tahun 1962, dua kawan SMP ini bertemu lagi di Bandung. Habibie jatuh cinta seketika pada Ainun yang baginya semanis gula. Tapi Ainun, dia tak hanya jatuh cinta, dia iman pada visi dan mimpi Habibie. Mereka menikah dan terbang ke Jerman.

Punya mimpi tak akan pernah mudah. Habibie dan Ainun tahu itu. Cinta mereka terbangun dalam perjalanan mewujudkan mimpi. Dinginnya salju Jerman, pengorbanan, rasa sakit, kesendirian serta godaan harta dan kuasa saat mereka kembali ke Indonesia mengiringi perjalanan dua hidup menjadi satu.

Bagi Habibie, Ainun adalah segalanya. Ainun adalah mata untuk melihat hidupnya. Bagi Ainun, Habibie adalah segalanya, pengisi kasih dalam hidupnya. NamBlogger: Part of My World - Edit entriun setiap kisah mempunyai akhir, setiap mimpi mempunyai batas. Kemudian pada satu titik, dua belahan jiwa ini tersadar; Apakah cinta mereka akan bisa terus abadi? 

Yuk kita simak, teaser trailernya (RD)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More